Sinopsis
Mengisahkan tentang Hang Tuah yang difitnah telah bermukah dengan dayang- dayang istana. Ini adalah sebenarnya angkara Patih Kerma Wijaya dan pegawai- pegawai istana yang lain kerana terlalu mencemburui Hang Tuah, yang sentiasa mendapat tempat di mata dan hati Raja Melaka. Apabila perkhabaran ini dipersembahkan oleh Patih Kerma Wijaya, Raja Melaka murka. Raja Melaka menitahkan Hang Jebat dan Hang Kasturi untuk membawa Hang Tuah menghadap. Dengan berat hati, Hang Jebat dan Hang Kasturi berjaya memenuhi permintaan Raja Melaka. Tanpa usul periksa, Raja Melaka menjatuhkan hukuman mati ke atas Hang Tuah dan menitahkan Bendahara Paduka Raja untuk melaksanakan hukuman tersebut. Akan tetapi Bendahara Paduka Raja tidak sampai hati lalu menyuruh Hang Tuah bersembunyi di Hulu Melaka. Di sana, Hang Tuah berguru dengan Syeikh Mansur. Raja Melaka memutuskan untuk menyerahkan keris Taming Sari kepada Hang Jebat, ini membuatkan Hang Jebat gembira.

Pemergian Hang Tuah menyebabkan Raja Melaka sunyi. Oleh hal yang demikian, Hang Jebat beriwayat dan menyanyi untuk menghiburkan hati Raja Melaka di Balai Penghadapan. Raja Melaka terhibur sehingga terlelap di pangkuan Raja Melaka. Tun Teja membantah hasrat Raja Melaka untuk menganugerahkan gelaran Paduka Raja kepada Hang Jebat. Tun Teja menyatakan bahawa gelaran tersebut hanya milik keturunan Bendahara Paduka Raja dan jika ia diberikan kepada Hang Jebat, akan membuatkan Bendahara Paduka Raja kecil hati. Semakin hari semakin rapat Hang Jebat dengan Raja Melaka dan ini memyebabkan Hang Jebat berkelakuan liar dan naik kepala terutama sekali selepas Hang Jebat di anugerahkan gelaran Paduka Raja. Hang Jebat turut melarang pembesar- pembesar istana untuk menghadap Raja Melaka. Perubahan sikap Hang Jebat menyebabkan beberapa pembesar istana mula terkenangkan Hang Tuah dan meyesal kerana pernah memfitnah Hang Tuah. Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Bendahara Paduka Raja sedih terkenangkan nasib Hang Tuah dan memikirkan sikap Hang Jebat yang semakin buas.

Peristiwa penting

–   Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya dan pegawai- pegawai istana telah bermukah dengan dayang- dayang istana kerana terlalu mencemburui Hang Tuah yang sentiasa mendapat tempat di mata dan hati Raja Melaka.

–   Tanpa usul periksa, Raja Melaka telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Hang Tuah dan menitahkan Bendahara Paduka Raja untuk melaksanakan hukuman tersebut.

–    Raja Melaka mengarahkan Hang Jebat dan Hang Kasturi untuk mengambil keris Taming Sari daripada Hang Tuah atas arahan Raja Melaka.

–    Bendahara Paduka Raja tidak sampai hati untuk menghukum Hang Tuah lalu mengarahkan Hang Tuah pergi ke Hulu Melaka.

–    Hang Tuah berguru dengan Syeikh Mansur  di Hulu Melaka.

–    Hang Jebat dianugerahkan keris Taming Sari oleh Raja Melaka.

–   Hang Jebat menghiburkan hati Raja Melaka dengan mendondangkan lagu dan beriwayat demi untuk menghiburkan hati Raja Melaka yang sedang berduka sejak perginya Hang Tuah.

–    Hang Jebat berubah sikap menjadi seorang yang liar sehingga melarang pembesar- pembesar istana datang menghadap Raja Melaka.

–    Hang Jebat tidak menghiraukan nasihat kawan- kawannya dan ini menyebabkan kawan-kawannya muak dengan sikapnya.

–    Tun Teja membantah keputusan Raja Melaka untuk menganugerahkan gelaran Paduka Raja kepada Hang Tuah kerana gelaran itu adalah untuk keturunan Bendahara Paduka Raja.

–    Beberapa pembesar istana mula terkenangkan Hang Tuah dan menyesal kerana pernah memfitnah Hang Tuah.

–    Akhirnya, Hang Jebat di anugerahkan gelaran Paduka Raja.

Watak

–    Hang Tuah

–   Patih Kerma Wiijaya

–    Pembesar- Pembesar Istana

–    Bendahara Paduka Raja

–    Raja Melaka

–    Syeikh Mansur

–   Hang Jebat

–    Hang Kasturi

–    Hang Lekir

–    Hang Lekiu

–    Tun Teja

–    Temenggong Sarwa Raja

–    Beberapa watak sampingan

Latar Tempat

–    Istana Melaka

–    Hulu Melaka