Arakian hari pun sianglah. Maka, Patih Gajah Mada pun masuk mengahdap Seri Betara. Maka, sembah Patih, “Ya tuanku, pada bicara patik baik Seri Betara mengerahkan segala pegawai dan periai rakyat sekalian beringat kalau-kalau laksamana itu amarah, kerana kerisnya hilangitu, kalau ia mengamuk ke dalam.” Maka titah Seri Betara. “Benarlah seperti bicara Patih Gajah Mada itu. Kerahkanlah segala rakyat kita.”…

Hatta maka laksamana pun masuk menghadap diiringi oleh hang Jebat, Hang Kasturi. Setelah sampai ke dalam; maka dilihat oleh laksamana segala penggawa dan raja-raja semuanya berhimpun. Maka laksamana berani, tiada diendahkan. Maka laksamana pun mengasak penduannya ke hadapan. Maka dilihat oleh Seri Betara laksamana datang itu dan kerisnya dua bilah dibawanya…
Maka baginda pun masuk ke dalam istana. Maka dibukanya peti tempat menaruh keris laksamana itu, dilihatnya keris itu tiada. Maka Seri Betara pun terlalu hairan lalu keluar.

[Halaman 305-306]

1. Dalam petikan di atas, Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada bersiap siaga dengan mengarahkan segala penggawa dan rakyat berjaga-jaga kerana kemungkinan besar laksamana akan mengamuk kerana kehilangan kerisnya. Benarkah keris laksamana hilang sedangkan keris itu ada dibawanya ketika masuk menghadap? Berikan penjelasan awda.
2. Dalam petikan di atas, dinyatakan Betara Majapahit berasa hairan kerana keris laksamana tidak ada dalam peti. Apakah hubungannya keris laksamana dengan peti Betara Majapahit? Jelaskan peristiwa yang berkaitan.
3. Ceritakan secara ringkas peristiwa yang berlaku sebagai lanjutan petikan di atas.