Maka titah raja, “Hai Pak Si Molong, mana bicaramulah, lamun juga alah ayam si Culan itu. Biarlah aku anugerah akan engkau gundek empat orang.” Maka sembah Pak Si Molong. “Daulat tuanku, jika patik boleh gundek pun mata patik tiada, bagaimana hendak dipandang?” Maka orang pun ramai tertawa melihat laku Pak Si Molong itu.

(Hikayat Hang Tuah, muka surat 489)

  1. Apakah punca terbitnya pertuturan di atas?
  2. Jelaskan Pak Si Molong untuk mendapatkan ayam yang dikehendaki raja.
  3. Bagaimanakah nasib ayam Raja Culan dan janji raja menganugerahkan emapt gundek kepada Pak Si Molong?
  4. Apakah yang berlaku di negeri Terengganu selepas peristiwa persabungan itu?