BAB 25

Sinposis

Raja Melaka menitahkan Laksamana Hang Tuah, Maharaja Setia dan Maharaja Dewa ke Benua Rom untuk membeli meriam bagi memperkukuhkan pertahanan Kota Melaka.Dalam perjalanan ke Rom, rombongan Melaka telah singgah di Bandar Acheh Darussalam.Lakasamana Hang Tuah berkenan menghadap Sultan Salahuddin iaitu sultan yang memerintahkan Acheh pada masa itu, serta diberikan layanan yang mesra selama 12 hari rombongan Melaka di sana.Rombongan Melaka meneruskan perjalana ke Benua Rom dan telah singgah di negeri Judah serta Makkah. Di Makkah, Hang Tuah telah bertemu dengan Nabi Khidir yang telah memberinya sebuah cembul yang mempunyai kuasa hikmat. Laksamana Tun Tuah juga mengerjakan haji serta melawat kubur nabi, kubur Sayidina Hamzah di kaki bukit Jabal Uhud.Kemudian, rombongan Melaka berlepas ke Mesir.Di Mesir, rombongan Melaka dapat menyaksikan kebesaran serta kekuatan Sungai Nil, iaitu tempat Nabi Yusuf dibuang. Rombongan Melaka juga mendapat layanan mesra Syahbandar Mesir kerana sikap rendah diri Laksamana Tun Tuah. Laksamana  Tun Tuah juga berjaya membeli beberapa bedil di Mesir sebelum bertolak ke Benua Rom.

Peristiwa Penting

-Raja Melaka mengutus Laksamana Tun Tuah ke Turki mebeli meriam

-Laksamana Tun Tuah singgah di Acheh selama 12 hari dan sempat menghadap Sultan Salahuddin.

-Laksamana Tun Tuah singgah di Jedah hendak mengunjungi makam Siti Hawa.

-Syahbandar mencadangkan agar Laksamana Tun Tuah menggunakan peluang untuk ke Mekkah menunaikan fardu haji.

-Laksamana Tun Tuah menyembahkan hasratnya yang ingin menunaikan fardu haji ke hadapan Malik R.s.t.l.

– Malik R.s.t.l gembira mendengar hasrat Laksamana Tun Tuah lalu mengajaknya berangkat bersama dalam tempoh dua hari lagi.

-Laksamana Tun Tuah dan M.S.T Kasturi mengerjakan semua rukun haji dan sempat melawat makam Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabat serta kerabat keluaga baginda.

-Laksamana Tun Tuah dan M.S.T Kasturi singgah di Mesir dan membeli beberapa ratus pucuk meriam.

Watak

Raja Melaka, Bendahara Paduka Raja, Laksamana Tun Tuah,  Maharaja Setia Tun Kasturi, Sultan Salahuddin, Syahbandar Jedah, Malik R.s.t.l, Nabi Khidir, Syahbandar Mesir, Perdana Menteri Mesir, Raja Mesir dan beberapa watak sampingan.

Latar Tempat

-Acheh Darussalam

-Jedah

-Bukit Arafah

-Mesir

-Sungai Nil

-Benua Rom