SOALAN KONTEKS BAB 26:

Maka Laksamana pun beriwayatlah tatakala ia diutuskan ke Benua Keling lalu ke Benua Cina, dan tatakala ia ke Majapahit dan tatakala pergi ke Benua Siam dan tatakala pergi ke Brunei. Maka Laksamana pun berbuat katalah tatakala ia diutuskan pergi ke negeri Makkah dan Madinah dan negeri Habsyah dan neger Feringgi dan negeri Wolanda, semuanya boleh menghadap dan berkata-kata dengan rajanya. Maka kata mangkabumi itu, Bagaimana maksud orang kaya panglima? Katakan supaya kita denga,mana yang patut pada hati kita boleh menyembahkan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia.’’.

[Halaman 567-568]

 

  1. Di negeri manakah laksamana berada?
  2. Siapakah mangkabumi yang dimaksudkan dan jelaskan secara ringkas kedudukan dan peranannya di negera itu.
  3. Jelaskan maksud sebenar laksamana sehingga terpaksa meriwayatkan pengalamnnya menjadi utusan ke beberapa buah Negara.
  4. Ceritakan reaksi mangkabumi setelah mengetahui maksud sebenar laksamana.
  5. Apakah kesudahan hasrat laksamana itu, ceritakan secara ringkas.