BAB 7

Sinopsis

Bab 7 ini mengisahkan perkahwinan raja Melaka dan Raden Emas Ayu di Majapahit. Namun tumpuan penceritaan lebih kepada percubaan-percubaan Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit ingin membunuh Hang Tuah. Pelbagai persiapan diadakan untuk menyambut perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Emas Ayu. Patih Gajah Mada memerintahkan seorang perajurit yang handal bermain tombak untuk membunuh Hang Tuah semasa majlis menghadap raja diadakan di peseben.

Namun Hang Tuah mampu menghindar serangan perajurit dengan mudah. Untuk menutup tembelang, Betara Majapahit berpura-pura berterima kasih dan memberi anugerah kepada Hang Tuah kerana jika tidak dibunuh, mungkin perajurit itu mengamuk naik ke peseban dan membunuh baginda. Muslihat Patih Gajah Mada itu dikhabarkan oleh Raden Aria kepada baginda Raja Melaka. Dengan sinis Hang Tuah menegaskan bahawa perajurit itu lawan yang mudah sahaja. Patih Gajah Mada tersipu-sipu malu mendengar kata-kata Hang Tuah memohon pulang.

Pada malam berjaga-jaga ke- 38, seorang perajurit yang terkenal dengan kehandalan kerisnya yang bernama Taming Sari dan keberaniannya mengamuk di luar pintu peseban. Sekali lagi, Hang Tuah dapat membunuh perajurit ini dengan menukarkan kerisnya dengan keris Taming Sari yang sakti itu. Hang Tuah juga menyindirPatih Gajah Mada sebagai pengecut yang membawa diri apabila berhadapanan dengan perajurit yang handal. Betara Majapahit memuji keberanian Hang Tuah dan memberikan gelaran Laksamana kepada Hang Tuah serta diberi kuasa memerintah Sungai Jemaja. Keris “Taming Sari” juga dihadiahkan kepadanya.

Hang Tuah lima sahabat berguru dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura setelah majlis perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Galuh Emas Ayu dilaksanakan. Sang Persata Nala mengajar pelbagai ilmu perajurit dan hulubalang kepada Hang Tuah berlima, terutama sekali Laksamana Hang Tuah. Sang Persata Nala juga meramalkan bahawa Hang Jebat akan memperolehi kebesaran tetapi akan mati kerana senjata. Ketiadaan Laksama Hang Tuah menimbulkan rasa kehairanan Patih Gajah Mada. Oleh itu, Laksamana Hang Tuah berbohong dengan mengatakan bahawa mereka berlima jatuh sakit.

SINOPSIS, PERISTIWA PENTING, SENARAI WATAK-WATAK, LATAR TEMPAT, SOALAN KONTEKS DAN SOALAN PERBINCANGAN DALAM BAB 7 HIKAYAT HANG TUAH