LATIHAN KONTEKS.

Setelah Raja melihat bendahara datang, maka Baginda pun memberi, hormat akan bendahara, seraya bertitah, “ sungguhkah, mamak, orang mengamuk bertemu dengan mamak Bendahara di tengah pesara tadi?” maka sembah bendahara,  “ Daulat tuanku syah Alam, tetapi tiada mengapa tuanku. “ maka titah raja, “tiada demikian kita dengar. Siapa-siapa pegawai yang mengiringkan mamak bendahara tadi? Pegawai mana yang bertahan dan pegawai mana yang lari?” maka bendahara pun tersenyum suatu pun tiada katanya.

                                                                                                                                  [hlm. 39]

“ Mamak bendahara, sungguhkah seperti khabar orang, ada konon budak lima orang takala itu, ia berdiri di hadapan mamak bendahara, telah membunuh orang mengamuk itu?” Maka sembah bendahara, “Daulat tuanku, sungguh ia membunuh orang mengamuk dan terlalu sekali perkasanya”.

                                                                                                                                     [hlm.40]

a-      Apakah sebenarnya yang berlaku kepada bendahara?

b-      Mengapa Raja bertanya “pegawai mana yang bertahan dan pegawai mana yang lari?”

c-       Jelaskan watak-watak “budak lima orang” yang dimaksudkan dalam petikan di atas dan bagaimanakah mereka terlibat dengan peristiwa yang dialami oleh bendahara?

d-      Ceritakan perkembangan peristiwa yang berhubungkait selepas petikan di atas.