Latihan Konteks Penting Bab 11

“Apa pekerjaan bendahara datang gopoh ini” Maka sembah bendahara, “Daulat Tuanku Syah Alam, patik mendengar Terengganu itu sekarang sudah datang: lagi berhenti di Inderapura diperjamu oleh Raja Inderapura. Pada bulan inilah ia datang.” Setelah raja mendengar sembah bendahara demikian itu, maka baginda pun terkejut serta bertitah, ‘Ayu, mamak bendahara, siapa memebawa khabar ini?” Maka sembah bendahara, “Orang yang membawa khabar ini orang patik, namanya Hang Dolah; orang baik juga, tuanku; patutlah didengar katanya. Kerana Hang Dolah itu baharu juga ia datang dari Inderapura itu. Adapun akan kata megat itu: “Orangku empat ribun pertikaman ini kuamukan di dalam negeri Melaka sejam lamanya dan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung Raja Melaka yang tujuh belas ruang itU. Jikalalau tiada kuperbuat seperti cakapku ini, bukanlah akau anak Raja Terengganu.” Setlah raja mendengar sembah bendahara demikian itu, raja pun terkejut, seraya bertitah, “Jikalau demikian, apatah bicara mamak bendahara?”

[Halaman 260]

1. Mengapakah Megat Panji Alam ingin mengamuk di Melaka? Jelaskan peristiwa sebelum ini yang mungkin menjadi puncanya.
2. Pada akhir petikan di atas, Raja Melaka meminta cadangan bendahara. Huraikan cadangan Bendahara itu. Kemudian, beri penilaian wajar terhadap cadangan itu.
3. Apa yang berlaku sebagai rentetan petikan di atas? Berjayakah Melaka menghadapi amukan Megat Terengganu? Nyatakan juga siapa-siapa yang terlibat.