KONTEKS BAB 23:

Hatta berapa hari lamanya maka rakyat sekalian pun berhimpunlah. Maka segala rakyat itu pun disuruh berkota akan betisnya. Sebermula todak itu pun datanglah seperti hujan yang lebat, ditikamnya dengan jagornya. Akan segala yang menjadi kota itu pun banyaklah mati dan luka, berapa ribu mati dan luka itu. Maka bangkai pun bertimbun-timbun. Maka rakyat yang ada itu pun larilah membawa dirinya, terbanyak pula merendahkan dirinya pada bangkai itu. Setelah bendahara melihat segala rakyat itu undur dan banyak mati dan luka, maka bendahara masuk menghadap persembahkan hal-ehwal itu. Maka banginda pun tiadalah terbicarakan lagi ( Halaman 503).

SOALAN KONTEKS BAB 23:

(a)    Di negeri manakah berlakunya peristiwa di atas?

(b)   Siapakah yang dimaksudkan dengan

i)                    ‘rakyat’

ii)                  ‘bendahara

iii)                ‘baginda’

c) Bagaimanakah masalah di dalam petikan ini di atas?

d) Siapakah yang berjaya mengatasi masalah ini dan jelaskan asal usul orang tersebut.

e) Peristiwa ini merupakan satu unsur alegori yang penting di dalam Hikayat Hang Tuah. Jelaskan.