BAB 16

Sinopsis

Mengisahkan tentang kelakuan Hang Jebat yang semakin liar sejak diberikan keris Taming Sari dan dianugerahkan gelaran Paduka Raja oleh Raja Melaka. Hang Jebat turut mengistiharkan dirinya sebagai pengganti Hang Tuah. Selain itu, Hang Jebat dengan bebasnya bermukah dengan dayang dan biduanda istana serta memperkosa gundik istana kesayangan Raja Melaka. Tun Teja sering membandingkan kelakuan Hang Tuah yang lebih jauh baiknya jika di bandingkan dengan Hang Jebat. Ini telah melahirkan penyesalannya terhadap tindakannya menjatuhkan hukuman mati keatas Hang Tuah. Oleh kerana tidak tahan akan kelakuan liar Hang Jebat, Raja Melaka memutuskan untuk meninggalkan istana, di sertai oleh isterinya Raden Mas Ayu serta dua orang puteranya, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Mereka pergi ke rumah Bendahara Paduka Raja. Setelah Raja Melaka meninggalkan istana, Hang Jebat semakin bebas di dalam istana sehingga berani makan, minum, mandi manda di tempat Raja Melaka, memakai pakaian raja dan beradu di tempat peraduan raja. Raja Melaka menitahkankan Patih Kerma Wijaya untuk menghapuskan Hang Jebat yang derhaka itu. Oleh itu, Patih Kerma Wijaya membawa pembesar- pembesar istana yang lain serta ribuan rakyat untuk menangkap Hang Jebat. Tetapi mereka tetap tewas di tangan Hang Jebat. Ramai yang terkorban dan ada yang lari ketakutan termasuklah Patih Kerma Wijaya. Setelah itu, Raja Melaka menitahkan Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu untuk menghapuskan Hang Jebat. Setibanya mereka di istana, Hang Jebat menolak untuk bertikam dengan mereka kerana bukan mereka yang menjadi dalang atas penyebaran fitnah kepada Hang Tuah. Tambahan pula, penderhakaan yang dibuatnya itu sebenarnya demi menuntut bela atas kematian Hang Tuah.  Selepas itu, usaha untuk menghapuskan Hang Jebat diteruskan. Raja Melaka menitahkanTemenggong Sarwa Waja, Tun Bija Sura dan Tun Utama untuk menghapuskan Hang Jebat tetapi Hang Jebat tetap bekeras tidak mahu bertikam dengan mereka kerana bukan mereka yang dihajatinya. Hang Jebat menginginkan orang- orang yang bertanggungjawab meyebabkan kematian Hang Tuah untuk tampil berlawan kekuatan dengan dirinya. Raja Melaka lagi sekali menitahkan Patih Kerma Wijaya dan pembesar- pembesar istana yang lain untuk berdepan denga Hang Jebat, tetapi mereka hanya mampu tunduk diam kerana takut. Raja Melaka tidak mampu berfikir lagi untuk mengatasi penderhakaan yang dibuat Hang Jebat dan perasaan menyesal menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah menyelubungi diri Raja Melaka. Demi untuk mengubati hati, Raja Melaka mengambil Hang Nadim anak kepada Hang Tuah sebagai anak angkat baginda. Melihat penyesalan Raja Melaka, Bendahara Paduka Raja akhirnya membuka rahsia bahawa Hang Tuah masih hidup. Sebaik sahaja mendengar berita gembira itu, Raja Melaka lalu menitahkan supaya Tun Pekerma dan Hang Kasturi menjemput Hang Tuah di Hulu Melaka.

Peristiwa Penting

v  Hang Jebat menjadi semakin liar dan bermaharajalela di istana

v  Hang Jebat bermukah dengan dayang istana dan biduanda Raja Melaka serta memperkosa gundik-gundik kesayangan Raja Melaka.

v  Hang Jebat mengaku bahawa dial ah pengganti Hang Tuah.

v  Raja Melaka memutuskan untuk meninggalkan istana, di sertai oleh isterinya Raden Mas Ayu serta dua orang puteranya, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Mereka pergi ke rumah Bendahara Paduka Raja kerana tidak tahan dengan kelakuan buruk Hang Jebat.

v  Hang Jebat semakin bebas di dalam istana sehingga berani makan, minum, mandi manda di tempat Raja Melaka, beradu di peraduan raja dan memakai pakaian raja.

v  Raja Melaka menitahkankan Patih Kerma Wijaya untuk menghapuskan Hang Jebat tetapi tidak berjaya, malahan ramai rakyat yang terkorban dan Patih Kerma Wijaya berhasil melarikan diri kerana ketakutan.

v  Raja Melaka menitahkan Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu untuk menghapuskan Hang Jebat. Hang Jebat menolak untuk bertikam dengan mereka kerana bukan mereka yang menjadi dalang atas penyebaran fitnah kepada Hang Tuah.

v  Raja Melaka pula menitahkan Temenggong Sarwa Waja, Tun Bija Sura dan Tun Utama untuk mengalahkan Hang Jebat. Hang Jebat tetap menolak untuk bertikam dengan mereka kerana bukan mereka yang dihajatinya.

v  Raja Melaka lagi sekali menitahkan Patih Kerma Wijaya dan pembesar- pembesar istana yang lain untuk berdepan dengan Hang Jebat, tetapi mereka hanya mampu tunduk diam kerana takut.

v  Raja Melaka menyesal kerana tanpa usul periksa menjatuhkan hukuman terhadap Hang Tuah, lalu Raja Melaka mengambil Hang Nadim iaitu anak kepada Hang Tuah sebagai anak angkat.

v  Bendahara Paduka Raja membuka rahsia bahawa Hang Tuah masih hidup dan berada di Hulu Melaka.

v  Raja Melaka genbira selepas tahu akan perkhabaran Hang Tuah masih hidup dan segera menitahkan Tun Pekerma dan Hang Kasturi untuk membawa pulang Hang Tuah.

Watak

–    Hang Jebat

–    Hang Kasturi

–     Tun Mat

–     Raja Melaka

–     Patih Kerma Wijaya

–      Hang Lekir

–     Temenggong Sarwa Wija

–      Tun Bija Sura

–      Tun Utama

–      Hang Nadim

–      Bendahara Paduka Raja

–      Tun Pekerma

–      Beberapa watak sampingan

Latar Tempat

–     Melaka (Istana Raja Melaka)