Maka Laksamana pun bermain keris panjangnya dua tiga lompat dirasainya tubuhnya tiada seperti dahulu ….. tiada memegang keris dan pedang. … Maka laksamana pun berurut lima hari lima malam…. Maka laksamana pun dibawa oleh bendahara menghadap raja. Maka titah baginda, ‘Dapatkah kekasihku membunuh  Si Jebat demikian itu?’ Maka sembah laksamana, ‘Daulat tuanku, patik mohonkan ampun, patik pohonkan keris pandak patik supaya patik pergi membuangkan Si Jebat derhaka itu.’ Maka titah raja, ‘Ayu laksamana, keris itu sudah kita berikan Si Jebat derhaka itu.’ … ‘Wah, sayangnya keris itu beroleh akan  Si Jebat. Siapatah dapat berhadapan dengan dia?’

(halaman 375-376)

a)      Apakah maksud ‘Maka Laksamana pun bermain keris panjangnya dua tiga lompat dirasainya tubuhnya tiada seperti dahulu’? Berikan sebab berlakunya hal sedemikian.

b)      Keris apakah yang dimaksudkan oleh laksamana dan pada pendapat kamu mampukah laksamana membunuh Si Jebat tanpa menggunakan keris tersebut? Berikan alasan.

c)      Ceritakan secara ringkas peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas.