Ruangan Glossari ini adalah ruangan menempatkan serta menyenaraikan kata-kata yang sukar yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah.

sulur– mengintai/memeriksa

 

biduanda – hamba raja atau suruhan raja.

seteru- orang atau pihak yang ditentang; musuh.

penaka- sebagai, seperti, seolah-olah

 

belikat – Tulang yang menghubungkan tulang punggung dengan pangkal lengan (Tulang scapula)

sebahagi – setengah daripadanya

kendak raja – gundik raja

seraya -sambil, ketika

memekis – menangkis, secara serta merta

kadam – orang suruhan yang dipercayai

cindai– sejenis kain sutera yang berbunga ( warnanya spt. kulit ular)

cula– sejenis sarung yang diperbuat daripada emas

manikam – pelbagai intan permata

berhikayat – bercerita

mengulit– memanjai

narwastu – bau- bauan yang dibuat dari akar wangi; serai wangi.

santap– makan(khas untuk bahasa istana)

cembul – tempat tembakau yang diperbuat dari logam.

bentara– pembantu atau orang arahan yang menyampaikan titah Raja

pertuanan– golongan orang bangsawan