BAB 26

Sinopsis

Rombongan Hang Tuah tiba di Rom dan disambut oeh Syahbandar Rom. Laksamana Hang Tuah juga berkenalan dengan seorang saudagar Rom yang kaya, iaitu Ibrahim Kakan. Ibrahim Kakan telah memperkenalkan banyak tempat yang menarik di Benua Rom kepada rombongan Melaka. Akhirnya setelah melalui berbagai-bagai kesukaran, rombongan Melaka dibenarkan menhadap Raja Benua Rom. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat melihat wajah Raja Rom dengan jelas kerana baginda duduk di dalam kelambu jala-jala emas. Setelah berjaya membeli meriam dan bedil, rombongan Melaka pun belayar pulang ke Melaka dengan selamatnya.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BAB 26:

-Rombongan Laksamana Hang Tuah tiba di Rom.

-Ibrahim Kakan meriwayatkan kebesaran Raja dan negara Rom dari pagi hingga petang.

-Laksamana Tun Tuah berhasrat menghadap Raja Rom kerana utusan sebelum ini hanya dibenarkan menghadap menteri empat.

-Bendahara Mangkubumi menghadapkan maksud kedatangan utusan Melaka ke hadapan Raja Rom.

-Raja Rom hanya memperkenakan bingkis utusan Melaka diarak masuk.

– Raja Rom hanya memperkenakan hadiah bedil seratus kali ganda daripada yang dikehendaki Raja Melaka dan menitahkan Bendahara Mangkabumi menjaga dan menjamu utusan Melaka.

-Lakasamana Tun Tuah kesal kerana selama 6 bulan di Rom, belum sekalipun dapat menghadap

Raja Rom.

– Lakasamana Tun Tuah berkata kepada Bendahara Mangkabumi bahawa telah menjadi adat Melayu setiap utusan hendaklah beroleh menghadap Raja Negara yang dikunjungi dan membuat helah bahawa dia pernah diterima mengahadap Raja Mekah, Raja Madinah, Raja Habsyah, Raja Wolanda dan Raja Feringgi.

-Bendahara Mangkabumi bersetuju mengahadapkan hasrat Laksamana Tun Tuah ke hadapan Raja Rom.

-Raja Rom memperkenan hasrat Laksamana Tun Tuah untuk menghadap baginda.

-Raja Rom menitahkan Bendahara Mankabumi mengarang surat untuk raja Melaka dan menghadiahkan bedil semuat-muat semua kapal utusan Melaka.

-Raja Rom menghadiahkan kopiah emas dan serban ke hadapan Raja Melaka sebagai tanda tubuh.

-Raja Melaka gembira mendengar riwayat kejayaan pelayaran Laksamana Tun Tuah.

Watak

-Raja Inderapura, Bendahara Seri Buana, Hang Kadim, Temenggung Sarwa diraja, beberapa menteri, beberapa pembesar istana, Dang Setia, Temenggung Seri Seroja di Inderapura, Raja Melaka, Tun Teja, Lakasamana Tun Tuah, Tuan pekerma, Sseri Maharaja Lela dan 1608 tawanan.

Latar Tempat

-Negara Rom