BAB 27

Sinopsis

Bab ini menceritakan tentang Raja Melaka turun daripada takhta kerajaan dan menyerahkan pemerintahan kepada puterinya, iaitu Puteri Gunung Ledang. Manakala Laksamana Hang Tuah, Bendahara Paduka Raja dan Temenggong Sarwa Raja masing-masing meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan-jawatan itu kepada anak-anak mereka. Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku dalam masa Raja Melaka turun daipada takhta dan Hang Tuah serta Bendahara Paduka Raja dan Temenggong Sarwa meletak jawatan.
1- Raja Melaka bersara dan anakanda baginda, Puteri Gunung Ledang mewarisi teraju kerajaan Melaka.
2- Negeri Melaka pula dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan peperangan di perskitarannya.
3- Raja Melaka menawarkan harta benda yang banyak kepada sesiapa yang sanggup ditanam hidup-hidup dalam kubur.
4- Tujuan baginda adalah untuk mengetahui kehidupan selepas mati.
5- Laksamana menawarkan diri dan berjaya kembali semula ke dunia dengan maklumat-maklumat yang berguna.
6- Selepas kejadian ini, Raja Melaka merasa insaf dan menderma banyak harta benda baginda kepada rakyat jelata.
7- Baginda juga mengembara kemerata-rata tempat.
8- Pada masa yang sama, Bendahara Paduka Raja, Temenggong serta Laksamana Hang Tuah turut bersara.
9- Bendahara Paduka Raja menetap di Tanjung Keling, Temenggong pula di Tanjung Tuan manakala Laksamana Hang Tuah di Bukit Jugra.

Watak

–          Raja Melaka (Sang Maniaka )

–          Puteri Gunung Ledang

–          Laksamana Hang Tuah

–          Bendahara Paduka Raja

–          Temenggong Sarwa Raja

–          Tun Mat (Bendahara Paduka Raja)

–          Tun Karim (Temenggong Seri Seroja)

–          Tun Nadim (Laksamana)

–          Jibrail (orang muda)

Latar Tempat

–          Istana Melaka

–          Tanjung Keling

–          Tanjung Tuan

–          Tanjung Jugara

–          Kebun timun