Maka Laksamana pun fikir dalam hatiny: ‘ Di mana baik aku pergi duduk? Adapun jika demikian baik aku bersuaka pada Bendahara Seri Buana ini, kerana Duli Yang Dipertuan dahulu sangat berahi akan anak Bendahara Seri Buana ini yang bernama Tun Teja Menggala; maka malah keturunan gila Duli Yang Dipertuan akan Tun Teja ini. Jika demikian, baiklah Tun Teja ini kuperdayakan kubawa  ke Melaka, kupersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan supaya aku segera ditegurnya.

(Halaman: 207-208)

Soalan:

1- Siapakah yang berkata-kata diatas?

2- Huraikan dengan jelas watak Tun Teja Menggala yang dimaksudkan pada petikan di atas tersebut.

3- Apakah peristiwa yang berlaku sehingga petikan di atas tersebut dituturkan?