BAB 9

Sinopsis

Bab ini menceritakan hasad dengki dan khianat pembesar-pembesar negeri Melaka terhadap Hang Tuah. Pembesar negeri Melaka telah membuat fitnah yang menyebabkan Hang Tuah dibuag ke Inderapura. Keadaan ini berlaku akibat Hang Tuah terlalu disayangi oleh Raja Melaka sejak kembali dari Majapahit. Antara peristiwa-peristiwa yang membawa kepada berlakunya pembuangan Hang Tuah ke Inderapura ialah:

1- Pembesar-pembesar Melaka telah bermesyuarat diketuai oleh Patih Kerma Wijaya untuk membuat fitmnah ke atas Hang Tuah supaya Hang Tuah dijatuhkan hukuman oleh Raja Melaka. Hasilnya Patih Kerma Wijaya memberitahu Raja Melaka bahawa  Hang Tuah telah bermukah dengan dayang istana. Tanpa usul periksa dan perasaan marah, Raja Melaka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah dan menitahkan Bendahara Paduka Raja untuk membunuh Hang Tuah.

2- Bendahara Paduka Raja yang mengetahui perkara sebenarnya tidak sempat untuk menyatakan kepada Raja Melaka. Bendahara Paduka Raja menasihatkan Hang Tuah untuk lari ke Inderapura dan memperhambakan dirinya kepada Bendahara Seri Buana.

3- Di Inderapura, Hang Tuah memberitahu bahawa dirinya telah difitnah berlaku curang dengan dayang istana. Hang Tuah diterima oleh Bendahara Seri Buana dan ditempatkan di kampung Bendahara Seri Buana. Hang Tuah telah menjadi anak angkat Dang Ratna iaitu inang Tun Teja yang paling tua. Kebetulan pula Dang Ratna tidak mempunyai anak. Oleh sebab budi pekerti Hang Tuah yang baik, dia disayangi oleh Dang Ratna sehingga menyebabkan Hang Tuah menjadi buah mulut inang-inang lain seperti Dang Rani, Intan Baiduri, Dang Merdu, Dang Senja dan Cendera Midani.

4- Semasa bermain sepak raga bersama Tun Jenal iaitu anak Bendahara Seri Buana, Tun  Karim dan Tun Megat, Hang Tuah telah menunjukkan kepandaiannya bermain sepak raga. Tun Jenal menjemput Hang Tuah untuk datang kerumahnya. Di rumah Tun Jenal diadakan majlis menyambut kedatangan Hang Tuah. Hang Tuah ingin melihat tarian dan mendengar nyanyian Inderapura lalu Tun Jenal menjemput biduanda Tun Teja seperti Dang Merdu, Dang Kemala, Dang Warna, Dang Senja dan Intan BAiduri untuk menari. Suara dan lemah lembut tarian Hang Tuah sungguh mengkagumkan mereka.

5-  Selpas itu, Hang Tuah dipujuk oleh Raja Inderapura untuk menetap di Inderapura. Hang Tuah berkawan dengan Tun Jenal dan anak pembesar-pembesar di Inderapura.

6- Di Inderapura, Hang Tuah menceritakan pengalaman-pengalamannya semasa berada di Majapahit bersama-sama dengan Raja Melaka. Hang Tuah menceritakan tipu muslihat Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada yang ingin membunuhnya.

7- Hang Tuah menghadiahkan kain Melaka kepada Tun Teja iaitu puteri Bendahara Seri Buana yang menjadi tunangan Megat Panji Alam Terengganu. Oleh sebab terlalu suka mendapat kain daripada Hang Tuah, Tun Teja menjemput Hang Tuah makan di istananya. Tun Teja mula jatuh hati kepada Hang Tuah sehingga bermimpi. Mimpi Tun Teja itu disampaikan kepada Hang Tuah melalui Dang Ratna.

WATAK

  • Hang Tuah
  • Raja Melaka
  • Bendahara Paduka Raja
  • Patih Kerma Wijaya
  • Bendsahara Seri Buana
  • Dang Ratna
  • Raja Inderapura
  • Tun Teja
  • Dang Rani
  • Intan Baiduri
  • Dang Senja
  • Cendera Midani
  • Tun Jenal
  • Tun Karim
  • Tun Megat
  • Dang WArna
  • Dang Kemala
  • Dang Anum
  • Dang Sandang
  • Che Intan
  • Megat Panji Alam

LATAR TEMPAT

  • Melaka
  • Inderapura

Sila klik BAB 9 untuk muat turun