BAB 6

Sinopsis

Bab 6 mengisahkan rombongan utusan peminangan selamat kembali dari Majapahit. Kepulangan Hang Tuah lima sahabat dan Patih Kerma Wijaya menguruskan peminangan ke Majapahit itu disambut meriah oleh Raja Melaka. Segala persediaan dibuat untuk pelayaran Raja Melaka dan pembesar-pembesar baginda ke Majapahit. Raja Melaka menitahkan Bendahara Paduka Raja dan Hang Tuah membina bahtera kenaikan bernama kota segara untuk keberangkatan baginda ke Majapahit. Bendahara dan Temenggung diamanahkan menjaga Melaka.

Dalam pelayaran, rombongan Melaka singgah di Palembang, Jayakatra dan Tuban. Ketibaan Raja Melaka diberikan sambutan hebat oleh Baginda Seri Betara. Raja Melaka ditempatkan di istana di kampung Patih Gajah Mada. Belum pun berlangsung perkahwinan, sudah timbul kebimbangan Seri Betara Majapahit iaitu baginda tidak mahu Raden Emas Ayu dibawa pulang ke Melaka. Baginda bercita-cita supaya Raja Melaka menjadi pengganti baginda memerintah Majapahit kerana baginda hanya berputerikan Raden Emas Ayu seorang. Oleh itu, Pateh Gajah Mada merancang untuk membunuh Hang Tuah agar Raja Melaka tidak dapat kembali ke Melaka.

Semasa majlis sambutan yang meriah sedang dijalankan, Hang Tuah sentiasa berjaga-jaga di sisi Raja Melaka agar baginda tidak dicederakan. Walaupun Pateh Gajah Mada telah memerintahkan seorang perajurit untuk menikam Hang Tuah semasa dia mabuk menari-nari, tetapi Perajurit itu menarik diri pada saat-saat terakhir kerana takut melihat keberanian dan kehebatan tari silat Hang Tuah. Walau bagaimanapun, Pateh Gajah Mada berjanji pada Seri Betara Majapahit bahawa ia akan mencari Parajurit kepetangan.

Untuk muat turun, sila klik sinopsis bab 6

POWER POINT HIKAYAT HANG TUAH- BAB 6

SOALAN KONTEKS BAB 6 DI DALAM HIKAYAT HANG TUAH