BAB 5

Bab 5 ini mengisahkan tentang Tun Bija Sura dan Tun Utama dihantar ke negeri Inderapura oleh Raja Melaka untuk meminang Tun Teja iaitu anak Bendahara Seri Buana yang terkenal dengan kecantikannya. Pinangan Raja Melaka ditolak oleh Tun Teja dengan alasan tidak sama darjat. Kegagalan rombongan pinangan itu mengecewakan dan menjadi kemurkaan raja Melaka. Keupayaan Tun Bija Sura dan Tun Utama diperlecehkan oleh Hang Tuah sehingga kedua-dua utusan itu berasa malu.

Melihat kemarahan Raja Melaka, Patih Kerma Wijaya mencadangkan agar baginda meminang Puteri Majapahit iaitu Raden Galuh Emas Ayu yang terkenal dengan kejelitaannya. Cadangan itu mengubati kekecewaan Raja Melaka lalu menitahkan Bendahara Paduka Raja dan Hang Tuah mengetuai persiapan peminangan dan pembinaan Mendam Berahi dan Rombongan peminangan diketuai oleh Patih Kerma Wijaya. Mereka belayar ke Majapahit dengan kapal yang dinamakan “Mendam Berahi”. Ketibaan rombongan Melaka ke Majapahit diberikan sambutan meriah. Baginda Seri Betara dan pembesar baginda, Patih Gajah Mada, berhasrat untuk menguji keberanian pembesa-pembesar Melayu Melaka. 60 0rang pengamuk telah menimbulkan kekacauandi hadapan rombongan utusan peminangan dan seterusnya untuk membunuh Hang Tuah. Namun keberanian penglima-penglima Melaka itu terserlah apabila mereka tidak berganjak walau setapak pun dari kedudukan masing-masing semasa berlakunya huru-hara tersebut.

Keberanian dan ketabahan  Hang Tuah dan ahli rombongan peminangan itu dikagumi oleh Seri Betara Majapahit sehingga baginda menganugerahkan gelaran Penggawa Agung kepada Hang Tuah yang bertaraf tinggi selepas kedudukan Patih Gajah Mada. Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah sekali lagi apabila beliau berjaya mengenal pasti dan mengubati penyakit kuda tezi yang liar yang gagal ditunggangi oleh sesiapa pun. Hang Tuah mengatakan bahawa kuda tezi bingkisan Sultan Sang Jaya Nantaka itu berpenyakit kerana mewarisi tabiat kerbau iaitu apabila kelelahan akan mencari sungai tempat berkubang.Penjelasan ini mendatangkan kemarahan utusan Benua Keling, Orang Kaya Sang Perdana (O.K.S Perdana Setia) dan Sang Ratna Setia kerana berasa terhina. Akhirnya Hang Tuah dapat menyembuhkan penyakit kuda tezi tersebut dalam masa 7 hari. Kemudian rombongan utusan Melaka selamat kembali ke Melaka dengan membawa utusan Majapahit yang menerima peminangan Raja Melaka terhadap Raden Mas Ayu.

Untuk muat turun, sila klik sinopsis bab 5