Maka antara sehari semalam maka kelihatanlah tanda suatu rupa, seperti gajah kelihatan jauh. Maka lakasamana pun bertanya, ‘Hai mualim, pulau apa namanya ini?’ Maka kata mualim itu, ‘Hai penglima kami, inilah pulau yang bernama Biram Dewa itu. Adapun pualau ini tiada pernah orang singgah.’ … ‘Barang siapa singgah pada pulau ini maka turunlah ribut taufan kelam-kebut tiada berketahuan.’ Maka kata laksamana pada mualim, ‘Pada bicara hamba, hamba hendak singgah di pulau ini, kerana hati hamba terlalu berahi.’

(halaman 413)

a)      Kemanakah hala tuju pelayaran laksamana dengan rombongan dan apa tujuannya?

b)      Ceritakan secara ringkas peristiwa yang dialami oleh laksamana ketika berada di pulau tersebut.

c)      Apakah peristiwa penting yang berlaku setelah laksamana sampai ke destinasi yang mampu menunjukkan kegagahan dan kebijaksanaan laksamana?