BAB 18

Sinopsis

Pejurit Tujuh bersaudara mati dibunuh oleh laksamana lalu Patih Gajah Mada mengarahkan Kartala Sari untuk membuat kekacauan di Melaka dan membunuh Laksamana yang telah membunuh ayahnya. Semasa di Melaka, Kartala Seri telah mencuri semua harta orang-orang kaya dengan menggunakan ilmu pukau dan menyimpan harta tersebut di Bukit Cina. Berbagai-bagai cara telah dilakukan untuk menangkap penjurit (Kartala Sari) itu tetapi semuanya gagal. Kemudian, laksamana telah meminta keizinan daripada raja untuk membunuh penjurit itu (Kartala Sari). Laksamana menyamarkan dirinya dan berbaring di tengah pasar. Setelah Kartala Sari sampai lalu terpijak Laksamana. Laksamana pun bangun kemudian membunuh Kartala Sari dan menghiris syahwatnya serta mengambil kerisnya untuk dijadikan bukti. Setelah itu, semua harta yang dicuri oleh Kartala Sari dikembalikan kepada yang emounya dengan syarat dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian kepada Laksamana dan dua bahagian kepada yang empunya harta. Walau bagaimanapun semua bahagiannya itu telah diagihkannya kepada fakir miskin, pegawai yang tiada kuasa dan semua orang bawahan Laksamana.

Peristiwa Penting

«  Setelah Gajah Mada mengetahui Penjurit Tujuh bersaudara itu mati lalu ia mengarahkan orang-orangnya untuk bertanya tentang keadaan anak Pertala Bumi iaitu Kertala Sari.

«  Patih Gajah Mada mengarahkan Kartala Sari untuk membuat kekacauan di Melaka serta membunuh Laksamana dan juga Ratu Melaka serta akan diberi gelaran sebagai Pegawai agung sesudah tugasnya selesa. Kartala Sari bersetuju akan perintah itu.

«  Setelah sampai ke Melaka Kartala Sari singgah di Kampung Jawa dan menyamarkan diri sebagai rakyat biasa. Kemudian ia menyamarkan diri lagi sebagai orang Patih Kerma Wijaya kerana ingin melihat rupa Laksamana.

«  Di waktu malam Kartala Sari pergi ke rumah seorang saudagar dan makan bersama-sama saudagar itu. setelah larut malam semua harta saudagar itu habis dicurinyaserta mencabuli isteri saudagar itu dengan menggunakan ilmu pukau.

«  Setelah beberapa lama gemparlah Negeri Melaka kerana semua harta saudagar dan orang-orang kaya habis dicuri. Kemudian Raja telah menitahkan supaya semua orang berkawal tetapi setelah siang hal kecurian itu masih juga berlaku.

«  Laksamana meminta keizinan daripada raja untuk berkawal kerana mengikut firasatnya bahawa Penjurit (Kartala Sari) itu akan datang ke istana untuk mencuri. Laksamana telah mengarahkan orang-orangnya untuk memasang perangkap di dalam istana tetapi Penjurit itu masih juga gagal ditangkap kerana ia bukan sembarangan orang.

«  Laksamana telah peri ke kota kemudian menyamarkan diri sebagai seorang Penjurit dan berbaring di tengah pasar. Setelah Kartala Sari sampai ia pun terpijak Laksamana. Kemudian Laksamana bangun, lalu menikam Kartala Sari dan memotong syahwatnya serta mengambil kerisnya untuk dijadikan bukti. 

«  Semua harta yang telah dicuri oleh Kartala Sari yang disimpannya di Bukit Cina itu dikembalikan semula kepada tuan empunya harta dengan syarat harta itu dibahagikan kepada tiga, iaitu dua bahagian kepada tuan empunya dan satu bahagian kepada Laksamana kerana telah berjaya membunuh Kartala Sari dan mendapatkan semua harta yang telah dicuri.

Watak-watak

  • Laksamana Tun Tuah, Kartala Sari, Pertala Bumi, Seri Bentera Majapahit, Patih Gajah Mada, Tuanku Syah Alam, Temenggung, Penjurit tujuh bersaudara, Bendahara, Orang-orang kaya, Saudagar, Isteri Pertala Bumi, Patih Kerma Wijaya dan watak sampingan

Latar Tempat

  • Melaka, Bukit Cina, Daha, Kampung Jawa, Negeri Majapahit, Pasar

Latar Masa

  • Siang dan Malam

Latar Masyarakat

  •  Orang kaya, Fakir miskin dan pegawai yang tiada kuasa. 

Legenda

  • Laksamana Tun Tuah dapat menewaskan Kartala Sari walaupun Kartala Sari mempunyai ilmu pukau yang tinggi.
  • Laksamana Tun Tuah telah memberi semua bahagiannya (hasil daripada mengembalikan harta orang kaya yang telah dicuri oleh Kartala Sari) kepada fakir miskin, pegawai yang tiada kuasa dan semua bawahannya. 

 

 

Untuk muat turun, sila klik BETARA MAJAPAHIT DENGAN RAJA MELAKA 11