Antara objektif pembinaan blog ini adalah;

1) Sebagai nara sumber rujukan khasnya kepada guru-guru, bakal-bakal guru, pelajar-pelajar tingkatan enam dan amnya kepada pelajar-pelajar yang mengikuti subjek Kesusasteraan Melayu.

2)  Sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam dan luar bilik darjah.

3) Sebagai suntikan baru kepada pelajar-pelajar yang mengambil kesusasteraan Melayu terhadap  e-pembelajaran dan dunia IT.

4) Melalui blog ini juga diharap akan dapat mengangkat martabat mata pelajaran kesusasteraan Melayu agar setanding dengan mata pelajaran yang lain.

Budak-budak berlari ke padang
Luka kaki terpijak duri
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan kami.