BAB 23

Sinopsis

Negeri Inderapura telah diserang ikan todak. Raja Inderapura memanggil Bendahara Seri Buana megahadap dan mengarahkan rakyatnya berkotakan betis mereka. Ramailah rakyatnya yang mati dan berundur. Anak Hang Jebat, Hang Kadim yang mengikut bendahara berdatang sembah.

“Baik juga kita berkotakan batang pisang: cuba kalau-kalauditurut Allah Taala, bertambah daulat Syah Alam.’ ( Halaman 503)

Baginda pun menitahkan rakyat berkubukan batang pisang. Ikan todak banyak yang lekat pda batang pisang habis mati.Maka raja memberi gelaran Orang Kaya Sang Setu kepada Hang Kadim kerana bapanya Hang Jebat, orang derhaka.

Keadaan ini tidak disenangi oleh segala menteri dan orang kaya-kaya dan mereka cuba mencari salah Hang Kadim. Mereka telah mengadakan mesyuarat untuk memfitnahkan Sang Setu.

Tidak berapa lama Bendahara Seri Buana sakit dan mati. Temenggung dan segala pegawai berasa suka kerana mereka hendak membunuh Sang Setu. Temenggung pun mengahadap raja dnegan memfitah Sang Setu berkat-kata dengan seorang perempuan di dalam istana iaitu Dang Setia.

Raja sangat murka dan menitahkan Sang Setu dibunuh. Seteah Sang Setu dibunuh, raja berasa menyesal dan tidak keluar ke penghadapan selama tujuh hari.

Hang Kamar. Orang Temeggung Seri Seroja ( Orang Melaka) telah membawa baik berita kematian Bendahara dan Sang Setu ke pengetahuan raja Melaka. Apabila raja Melaka mengkhabarkan kepada Tun Teja, Tun Teja sangat marah.

Raja Melaka menitahkan Hang Tuah pergi berperang dengan Inderapura dan membunuh rajanya. Setelah mendengar khabar Melaka akan menyerang Inderapura. Raja Inderapura telah bermesyuarat dengan pegawai-pegawainya. Temenggong meminta raja Inderapura menyerah kalah dan dipersetujui oleh raja. Hang Tuah pun pulang dengan kemenangan da membawa pembunuh Hang Kadim dengan asluruh kaum keluarga dan pengikut-pengikutnya ke Melaka.

Peristiwa Penting

-Negeri Inderapura telah diserang oleh ikan todak.

-Ramai rakyatnya mati kerana raja menitahkan mereka berkotakan ‘betis’.

-Hang Kadim iaitu anak Hang Jebat yang dipelihara oleh Bendahara Seri Buana mencadangkan agar menggunakan batang-batang pisang untuk menghalang serangan ikan-ikan todak ini.

-Cadangan Hang Kadim ini berhasil. Kejayaan ini menyebabkan disayanginya oleh Raja Inderapura serta diberi gelaran Sang Setu.

-Malangnya kejayaan Hang Kadim ini menimbulkan perasaan dengki di kalangan pembesar-pembesar yang lain terhadapnya, terutama temenggung.

-Hang Kadim difitnah bermukah deyang di istana dan dihukum mati oleh Raja Inderapura.

-Berita pembunuhan Hang Kadim sampai ke pengetahuan Raja Melaka melalui seorang saudagar bernama Hang Kamar.

-Raja Melaka memerintahkan Laksamana Hang Tuah membunuh raja Inderapura dan juga sesiapa sahaja yang bertanggungjawab dalam hukuman mati ke atas Hang Kadim.

-Inderapura menjadi tanah jajahan Melaka.

Watak

-Raja Inderapura, Bendahara Seri Buana, Hang Kadim, Temenggung Sarwa diraja, beberapa menteri, beberapa pembesar istana, Dang Setia, Temenggung Seri Seroja di Inderapura, Raja Melaka, Tun Teja, Lakasamana Tun Tuah, Tuan pekerma, Sseri Maharaja Lela dan 1608 tawanan.

Latar Tempat

-Inderapura.

-Melaka.