BAB 21

Sinopsis

Raja Melaka telah menghantar utusan ke negeri Siam untuk membeli gajah. Bendahara Seri Maharaja telah mencadangkan supaya Laksamana Tun Tuah diutus ke Siam untuk membeli empat ekor gajah jantan dan dua ekor gajah betina. Laksamana mencadangkan supaya Hang Kasturi ikut serta dalam rombongan tersebut. Dalam perjalanan ke Siam, rombongan Melaka telah singgah di Hujung Sawang, Patani. Di Pantai, Laksamana bersama rombongan sempat membuat lawatan di sekitar bandar. Rombongan Melaka disambut dengan penuh adat kebesaran kerajaan Siam oleh Oya Begelang. Manakala Syahbandar Siam menerangkan cara-cara atau budaya mengadap Raja Siam, Phra Cau iaitu masuk seorang diri dan tidak boleh membawa budak-budak dan merangkak sambil menyembah. Walau bagaimanapun, Laksamana telah memberitahu bahawa dia mempunyai penyakit dan tidak boleh merangkak. Phra Cau membenarkan Laksamana menghadap cara budaya Melayu Melaka. Laksamana Tun Tuah menyembahkan maksud utusan Raja Melaka untuk membeli gajah. Phra Cau gembira dan bersetuju menjualkan gajah yang diinginkan. Phra Cau menyuruh pendekar Jepun, Cin Cu bermain senjata dengan Laksamana Hang Tuah sebagai pertunjukan dan Laksamana Tun Tuah berjaya mengalahkan Cin Cu. Lalu pendekar 7 Jepun mengamuk dan ingin membunuh Phra Cau. Phra Cau bejaya menyelamatkan diri. Pendekar 7 Jepun mengamuk di pasar. Lima daripada tujuh pendekar Jepun itu berjaya dikalahkan oleh Laksamana Tun Tuah dan dua lagi melarikan diri ke Kemboja. Atas kejayaan itu Phra Cau menghadiahkan empat ekor gajah kepada Hang Tuah dan enam ekor gajah kepada Raja Melaka. Dalam perjalanan pulang, Laksamana Tun Tuah telah disekat oleh pendekar Jepun dari Kemboja tetapi dapat dikalahkan oleh Laksamana dan rombongan. Harta benda pendekar Jepun itu telah dirampas. Kepulangan Laksaman Tun Tuah telah disambut dengan penuh adat kebesaran. Selepas itu Raja Melaka telah menitahkan supaya Laksamana Tun Tuah mengiringi Raden Bajau ke Bukit Siguntang Mahabiru untuk dirajakan di sana. Raden Emas Ayu telah melahirkan puteri diberi nama Puteri Gunung Ledang. Tun Teja melahirkan Putera diberi nama Sultan Mahmud. Beberapa lama kemudian Tun Teja melahirkan seorang putera lagi dan diberi nama Sultan Muhammmad (Ahmad).

Peristiwa penting

  • Laksamana Tun Tuah dan Maharaja Setia Tun Kasturi dilantik menjadi utusan ke Siam untuk membeli gajah.
  • Laksamana dan rombongan bersiar-siar di Petani sebelum ke Siam.
  • Laksamana diajar cara mengadap Phra Cau dengan adat Siam iaitu mengadap secara seorang diri dan merangkak.
  • Semasa Laksamana mengadap Phra Cau, Laksamana mengatakan dia mempunyai penyakit dan tidak boleh mengadap secara merengkak.
  • Laksamana dibenarkan mengadap mengikut adat Melayu.
  • Laksamana berjaya mengalahkan Cin Cu dan 5 pendekar Jepun.
  • Phra Cau menghadiahkan Laksamana 4 ekor gajah dan 6 ekor untuk Raja Melaka kerana Laksamana telah menyelamatkannya dari dibunuh oleh 7 pendekar Jepun.
  • Pendekar Jepun menyerang Laksamana Tun Tuah tetapi Lakasamana telah berjaya menumpaskan pendekar Jepun dan kesemua harta telah dirampas oleh Laksamana.
  • Samapai di Melaka Laksamana dititahkan untuk merajakan Raden Bahar di Bukit SiGuntang Mahabiru.
  • Raden Emas Ayu melahirkan seorang puteri diberi nama Puteri Gunung Ledang.
  • Tun Teja melahirkan dua orang putera diberi nama Sultan Mahmud dan Sultan Muhammad.

Watak

Raja Melaka, Bendahara Paduka Raja, Raden Emas Ayu, Tun Teja, Raden Bajau, Sultan Mahmud, Sultan Ahmad, Puteri Gunung Ledang, Laksamana Hang Tuah, Hang Kasturi, Phra Cau, Oya Bagelang, Pendekar Cin Cu, 7 pendekar Jepun dan beberapa watak sampingan.

Latar Tempat

Melaka, Siam, Kemboja, Siam, Bukit Siguntang.

 

Untuk muat turun, sila klik sinopsis dan peristiwa penting bab 21.