BAB 12

Sinopsis

Bab 12 mengisahkan Laksamana Hang Tuah sangat dikasihi oleh Raja Melaka sehingga kata-kata dialah dianggap sebagai “kata-kata raja”. Puteri Raden Galuh Emas Ayu hamil tujuh bulan dan terlalu idamkan Nyiur Gading yang tumbuh tinggi melanggit dan tengah-tengah pohon tersebut sudah reput dimakan anai. Raja Melaka menitahkan pembesar-pembesar istana untuk memajat pohon niur gading itu namun tidak disanggupi oleh mereka kerana mereka yakin bahawa pohon nyiur itu akan patah jika dipanjat. Maka, tiada sesiapa pun yang berani memanjat pokok Niyur Gading ini kecuali Laksamana Hang Tuah. Setiba diatas, Laksamana Hang Tuah memarang setandan kelapa gading. Sepeti yang diramal, pohon itu patah di tenagh lalu tumbang ke tanah. Sejurus sebelum memecah ke tanah, Laksamana Hang Tuah melompat lalu berdiri terpacak di tanah, sebelah tangan memegang parang manakala sebelah lagi memegang tandan nyiur. Semua yang melihat berasa hairan dan, kagum dan tidak percaya. Kejayaan ini menambatkan lagi perasaan keercayaan Raja Melaka terhadap Laksamana Hang Tuah.

Puteri Raden Galuh Emas Ayu selamat melahirkan seorang putera yang dinamakan Raden Bahar. Berita kelahiran ini disampaikan kepada ayahanda Betara Majapahit. Lalu Betara Majapahit telah menghadiakan kuda tezi kepada cucuanda baginda itu. Kuda tezi itu sangat liar dan garang. Semua pembesar tidak berani menunggang kuda itu.  Hanya Laksamana Hang Tuah yang dapat menjinakkan kuda itu.

Ini menyebabakan hubungan antara Laksamana Hang Tuah dengan Raden Bahar adalah sangat rapat apabila laksamana telah menunjukkan kehandalannnya menaiki kuda tersebut di hadapan Raja Melaka dan Raden Bahar. Kemudian, Raden Galuh Emas Ayu melahirkan putera yang kedua iaitu Raden Bajau.

Para pembesar istana cuba menaikkan kuda tezi itu yang jatuh kedalam telaga tahi. tapi tidak Berjaya. Pada peristiwa ini, Laksamana Hang Tuah telah memperlihatkan kesetiaanya terhadap Raja Melaka apabila Laksamana sanggup memasuki telaga tahi untuk menyelamatkan Kuda Tezi iaitu kuda kesayangan kedua-dua putera baginda. Kejayaan ini telah menambahkan lagi kasih baginda terhadap Laksamana tetapi menimbulkan perasaan dengki di kalangan pembesar-pembesar istana negeri.

Peristiwa penting

1.     Laksamana Hang Tuah semakin dipercayai oleh Raja Melaka sehingga dirinya dianggap sebagai wakil raja dalam segala urusan.

2.    Raden Galuh Emas Ayu megidam nyiur gading yang pohonya sanagt tinggi dan di tengah-tengah pohon ini rapuh kerana dimakan anai-anai.

3.    Semua pembesar istana takut untuk memanjat pohon nyiur gading.

4.    Laksamana Hang Tuah sangup memnajat pohon nyiur gading.

5.    Laksamana Hang Tuah Berjaya mendapat nyiur gading walaupun hamper meagut nyawanya.

6.    Laksamana Hang Tuah semakin dikasihi Raja Melaka.

7.    Ramai pegawai istana semakin membenci Laksamana Hang Tuah.

8.    Raden Galuh Emas Ayu berputerakan Raden Bahar.

9.    Raja Melaka menghantar utusan ke Majapahit.

10. Betara Majapahit menghantar hadiah untuk cucuanda baginda berupa Kuda Tezi.

11.  Raja Melaka menitahkan pembesar istana menunggang Kuda Tezi, tidak seorang pun yang menyanggupinya.

12. Laksamana Hang Tuah menjinakan Kuda Tezi.

13. Raden Galuh Emas Ayu berputerakan Raden Baju.

14. Raden Bahar dan Raden Bajau bermain kuda Tezi lalu Kuda Tezi itu terjatuh ke kolan najis.

15.  Raja Melaka menitahkan pembesar istana mengambil Kuda Tezi itu tetapi tidak seorang pun menganggupinya.

16. Laksamana Hang Tuah berjaya membawa naik Kuda Tezi

17. Raja Melaka memandikan Laksamana Hang Tuah dan mengenakan pakaian baginda.

18. Raja Melaka semakin kasih kepada Laksamana Hnag Tuah yang terbukti kesetiaannya dan kesanggupannya menggadai nyawa demi untuk memuaskan kehendak raja.

19. Ramai pembesasr istana semakin benci kepada Laksamana Hang Tuah.

Latar tempat

  • Negeri Melaka
  • Negeri Majapahit

Watak

  • Laksamana Hang Tuah
  • Raja Melaka
  • Raden Galuh Emas Ayu
  • Raden Bahar
  • Betara Majapahit
  • Pembesar-pembesar negeri Melaka
  • Raden Bajau dan beberapa watak sampingan.