BAB 20

Sinopsis

Bab ini menceritakan tentang Raden Bahar iaitu Putera  Raja Melaka dengan Raden Mas Ayu yang ditabalkan menduduki takhta kerajaan Majapahit menggantikan Betara Majapahit bergelar Paduka Seri Sultan. Selain itu, bab ini juga memaparkan tentang putera Adipati Solok iaitu Adipati Agung Brunei yang ditawan oleh Hang Tuah. Antara peristiwa penting yang berlaku ialah:

1- Setelah kemangkatan Betara Majapahit, Raja Melaka telah memilih anakanda baginda iaitu Raden Bahar untuk dirajakan di Majapahit.

2- Laksamana Hang Tuah, Patih Kerma Wijaya serta Maharaja setia menjadi utusan baginda ke sana untuk membatalkan anakanda baginda.

3- Adipati Solok, iaitu anakanda Raja Brunei ingin kehandalan Laksamana Hang Tuah.

4- Dalam pelayaran pulang ke Melaka, ombongan Adipati Solok bertempur dengan rombongan Melaka.

5- Adipati Solok berjaya ditewaskan dan dibawa ke negeri Melaka setelah ditinggalkan oleh panglima-panglimanya sendiri.

6- Di Melaka, Adipati Solok mendapat layanan yang baik.

7- Suatu rombongan juga dihantar ke Brunei untuk mengiringi Adipati Solok pulang ke negerinya.

8- Di sana, Laksamana Hang Tuah dan rombongannya mendapatkan sambutan hebat dan dilayani dengan baik.

Watak

Betara Majapahit, Patih Gajah Mada, Barit Ketika, Rangga, Raja Melaka, Bendahara Paduka Raja, Raden Emas Ayu, Raden Bahar, Laksamana Hang Tuah, Hang Kasturi, Patih Kerma Wijaya, Majaraja Dewa, Tun Ratna Dewa, Adipati Solok, Adipati Agung, Si Jaya, Sang Aria dan beberapa watak sampingan.

Latar Tempat

Melaka, Majapahit, Jayakarta, Brunei.

Sila klik BAB 20 untuk muat turun