Ruang Galleri adalah ruangan tambahan bagi blog ini. Tujuan ruangan ini disediakan ialah memberi maklumat-maklumat tambahan yang bersesuai dengan isi pelajaran dan ini akan membantu pelajar memahami atau mendalami Hikayat ini. Maklumat tersebut terdiri daripada  Filem Melayu Klasik Hang Tuah, Salasilah Keturunan Raja Melaka, makam dan sebagainya.

1) FILEM MELAYU KLASIK HANG TUAH

Filem Melayu Klasik Hang Tuah ini adalah merupakan adaptasi Hikayat Hang Tuah. Oleh demikian, jalan cerita dalam Filem Melayu Klasik Hang Tuah itu mempunyai persamaan yang ketara. Walau bagaimanapun, ada aspek yang didapati berlaku perbezaan yang berlaku antara Filem Melayu Klasik dengan Hikayat Hang Tuah. Contohnya:

Watak

  • Bendahara Tun Perak, bendahara negeri Melaka (Filem Hang Tuah)   -> Bendahara Seri Buana, bendahara negeri Melaka (Hikayat Hang Tuah)

Latar Tempat

  • Negeri Pahang (Filem Melayu Klasik Hang Tuah) ->Negeri Inderapura (Hikayat Hang Tuah)
  • Berguru dengan Aria Putera di Gunung Ledang (Filem Melayu Klasik Hang Tuah) -> berguru dengan Aria Putera di Bukit Pancalusa (Hikayat Hang Tuah)

Aspek perbezaan ini turut dibincangkan secara ringkas di bawah untuk lebih jelas lagi selain kita melihat atau memfokuskan peristiwa penting yang dapat diambil melalui filem ini.

1a)  menceritakan keunggulan sebuah negeri bernama negeri Melaka (bab 1), kisah keluarga Hang Tuah (bab 2, HHT), kisah Hang Tuah bersama rakannya ketika kecil melawan lanun di Pulau Tinggi (bab 2 HHT).

1b) Hang Tuah bersama rakan-rakannya berguru Aria Putera di Gunung Ledang tetapi dalam HHT (bab 2) mereka berguru dengan Aria Puetra di Bukit Pancalusa.

1c) Hang Tuah bersama rakannya diarahkan oleh Aria Putera untuk kembali ke Melaka untuk berkhimat dengan Raja Melaka setelah mereka selesai mendalami ilmu persilatan, ketangkasan bermain senjata dan sebagainya. (bab 2, HHT)

1d) Kisah orang mengamuk seramai 4 orang yang hendak menyerang Bendahara Tun Perak tetapi dalam HHT (2) ada mencerita Hang Tuah dan rakan-rakannya berjaya membunuh 4 orang pengamuk yang hendak menyerang Bendahara Paduka Raja lalu diberinya hadiah penghargaan atas jasa Hang Tuah dan rakanya.

Selain itu,  kisah Hang Tuah dan rakannya diperintahkan menghadap Raja Melaka dan dilantik menjadi biduanda istana kerana telah berjaya menumpaskan pengamuk-pengamuk dan menyelamatkan Bendahara Paduka Raja dari diserang oleh pengamuk tersebut. Kemudian dalam cerita ini ada menceritakan Hang Tuah mempertahankan pengawal-pengawal Bendahara yang lari meninggalkan Bendahara ketika serangan pengamuk.

1e) Filem ini ada mengisahkan rombongan Melaka ke Majapahit untuk meminang Gusti Raden Mas Ayu tetapi dalam HHT puteri tersebut dikenali sebagai Raden Galuh Emas Ayu. Kemudian dikisahkan Raja Melaka telah selamat dikahwinkan dengan Puteri Raja Majapahit. Seterusnya,  diceritakan  juga Hang Tuah telah bertarung dengan pahlawan yang terbilang kuat bernama Taming Sari . Perkara ini ada dalam bab 7, HHT.

1f) Filem ini mengisahkan Hang Tuah berjaya menewaskan Taming Sari dan diberi hadiah keris Taming Sari untuk Hang Tuah.

Filem ini ada berlaku perbeza antara kisah Hang Tuah pergi ke Pahang (dalam HHT dikenali Inderapura) kerana untuk menyampaikan hasrat Raja Melaka untuk beristerikan Raja Melaka. Tetapi dalam HHT menceritakan dia pergi ke Inderapura kerana fitnah Patih Kerma Wijaya.

Dalam filem ini ada mengisahkan perbincangan antara Patih Kerma Wijaya dan pembesar  yang lain yang dengki dengan Hang Tuah dan merancang untuk menjatuhkannya dengan mereka kesalahan Hang Tuah.

1g) Filem ini menceritakan Hang Tuah menghadap Bendahara Seri Buana dengan mengatakan dia datang ke Inderapura kerana dia murkai oleh Raja Melaka. Selain itu, Hang Tuah mempunyai ibu angkat iaitu inang pengasuh Tun Teja iaitu Dang Ratna.

1h) Dang Ratna menceritakankepada Hang Tuah tentang Tun Teja yang merasa sedih kerana hendak dikahwinkan dengan Megat Panji Alam dan dalam HHT ada juga diceritakan dalam bab 9.

Dalam filem ini menceritakan Tun Teja tertarik dengan Hang Tuah tetapi dalam HHT, Hang Tuah mengenakan ilmu pengasih menyebabkan Tun Teja kasih kepada Hang Tuah sehingga dia meminta Dang Ratna mengaturkan perjumpaannnya dengan Hang Tuah seacara sulit (bab 10, HHT).

1i) Kisah Hang Tuah berjumpa Tun Teja secara sulit yang diaturkan oleh Dang Ratna dan perjumpaan kedua secara sulit itu membawa kepada perancangan  Tun Teja meminta Hang Tuah melarikannya. Tetapi dalam HHT pula berbeza kerana Hang Tuah yang mencadangkan Tun Teja lari ke Melaka dengan membawa inang Dang Ratna (bab 10, HHT).

1j) Filem ini memperlihatkan Hang Tuah berjaya membawa Tun Teja lari meninggalkan Inderapura. Dalam HHT pula, Tun Teja bersetuju dengan cadangan Hang Tuah untuk lari ke Melaka kerana kasihnya terhadap Hang Tuan akibat dari ilmu pengasihyang dikenakan oleh  Hang Tuah.

Hang Tuah berjaya melarikan Tun Teja kemudian Hang Tuah menyatakan tujuannya membawanya lari itu dia adalah untuk mengambil Tun Teja sebagai isteri Raja Melaka. Lalu, Hang Tuah memberi ubat pembenci kepada Tun Teja agar dia dapat melupakannya. Selepas itu, Hang Tuah selamat membawa Tun Teja ke  Melaka.

1k) Hang Tuah dikasih oleh Raja Melaka namun menimbulkan rasa cemburu di kalangan pembesar-pembesar istana sehingga sanggup memfitnah Hang Tuah telah bermukah dengan dayang istana. Lalu, Raja Melaka murkah dengan fitnah tersebut lalu menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah (bab 15, HHT).

1l) Raja Melaka memerintahkan Bendahara menjalankan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah. Selepas itu,  Hang Jebat dianugerahkan keris Taming Sari untuk menggantikan jawatan Hang Tuah. Kemudian,  Hang Jebat berhasrat menuntut bela atas kematian sahabat baiknya setelah dia memperolehi keris Taming Sari. Hang Jebat mengamuk  di istana sehingga Raja Melaka berpindah ke rumah Bendahara. Lalu, Raja Melaka menitahkan pembesar-pembesar istana untuk membunuh Hang Jebat (bab 16, HHT).

1m) Bendahara paduka Raja telah membuka rahsia Hang Tuah masih hidup dan dipenjarakan tetapi dalam HHT iaitu dlaam bab 16/17 menceritakan Hang Tuah bersembunyi di Hulu Melaka berguru dengan Syeikh Mansur.

Kemudian, Raja Melaka menyerahkan keris warisan ayah bondanya di Bukit Si Guntang kepada Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat. Tetapi dalam HHT menyebutkan Keris warisan ayahandan Raja Melaka baginda di Bukit Siguntang Mahabiru (bab 17, HHT).

1n) kisah pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat, akhirnya Hang Jebat mati di tangan Hang Tuah dalam bab 17, HHT).

2. SALAHSILAH KETURUNAN RAJA MELAKA

3. Hang Tuah Berbangsa Cina (Shahabudeen Jalil)

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.
Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.
Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.
Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.
Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.
Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.
Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.
Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan
penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?

– Sumber Bahan diambil daripada http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm

4. Makam Hang Tuah

Makam Hang Tuah

Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melaka di mana kisah keberaniannya terbukti apabila semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan sesiapa, beliau telah dapat menangkap seorang lelaki yang mengamuk di Kampung Duyong. Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana untuk dijadikan pahlawan termuda berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya yang cemerlang membuatkan beliau bersama empat sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka.

Walaupun terdapat beberapa hikayat bahawa Hang Tuah hilang begitu sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.

–          Sumber bahan diambil dari Laman Portal Rasmi Kerajaan Negeri  http://www.melaka.gov.my/v3/view_article.php?pageid=142

5. Makam Hang Jebat

Makam Hang Jebat

Makam Hang Jebat bertempat di Kampung Pali, berdekatan Jalan Gelanggang di Bandar Melaka. Hang Jebat merupakan seorang wira terkenal semasa Kesultanan Melayu Melaka. Beliau merupakan salah seorang daripada empat sahabat rapat Hang Tuah.

Namun begitu, Hang Jebat akhirnya dibunuh oleh Hang Tuah dalam pergaduhan yang memakan masa 3 hari dan 3 malam. Demi keadilan terhadap hukuman Sultan yang berat sebelah ke atas Hang Tuah, Hang Jebat dituduh sebagai seorang penderhaka kepada Sultan. Perbalahan ini menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat terhadap pihak berkuasa dan mengenai Hang Tuah yang menurut perintah Sultan walaupun kesalahan Hang Jebat ialah untuk membela nasib Hang Tuah.

–  Sumber Bahan diambil dari laman portal rasmi kerajaan negeri Melaka http://www.google.com/imgres?imgurl=http://www.melaka.gov.my/userfiles/image/Makam%2520Hang%2520jebat.JPG&imgrefurl=http://www.melaka.gov.my/v3/view_article.php%3Fpageid%3D134&usg=__wjHjutyQaA6VnCf0fxACCbHZqD4=&h=225&w=300&sz=38&hl=en&start=69&zoom=1&um=1&itbs=1&tbnid=TgSqb6vs8oO8BM:&tbnh=87&tbnw=116&prev=/images%3Fq%3Dhang%2Btuah%2Bdan%2Bhang%2Bjebat%26start%3D60%26um%3D1%26hl%3Den%26sa%3DN%26ndsp%3D20%26tbs%3Disch:1

6. Makam Hang Kasturi

Makam Hang Kasturi

Hang Kasturi merupakan salah seorang dari 5 pahlawan Melayu Melaka yang mashyur. Di dalam buku Sejarah Melayu, dikisahkan bahawa Hang Kasturilah yang menderhaka dan telah bertikam dengan Hang Tuah. Ini berbeza sedikit dari versi yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah yang mengatakan HangJebat yang menderhaka kepada Sultan Melaka. Makam Hang Kasturi terletak di Heeren street (Jalan Tun Tan Cheng Lock) berdekatan dengan Makam Hang Jebat.

-Sumber bahan diambil dari Laman Portal Rasmi Kerajaan Negeri http://melakainpicture.blogspot.com/2009/04/makam-hang-kasturi.html

7. Makam Tun Teja

Makam Tun Teja di Merlimau

Makam ini dipercayai Makam Tun Teja Ratna Menggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara Pahang. Beliau adalah tunangan Yang Dipertua Pahang iaitu Sultan Abdul Jamil.

Mengikut Sejarah Melayu Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang akibat godaan Cinta oleh Hulubalang Hang Nadim untuk diperisterikan oleh Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Hasil dari perkongsian hidup ini baginda berdua dikurniakan Putera Amar Dewi.

Semasa pengunduran Sultan Mahmud Syah dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja telah mangkat dan dipercayai dimakamkan di sini iaitu di Solok Mentaja, Merlimau dengan penuh kehormatan.

– Sumber Bahan diambil dari Laman Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka http://melakainpicture.blogspot.com/2009/04/makam-tun-teja-di-merlimau.html

8. Perigi Hang Tuah

Perigi Hang Tuah

Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.

Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.

– Sumber bahan diambil dari Laman Portal Rasmi Kerajaan Negeri
http://www.melaka.gov.my/v3/view_article.php?pageid=161