BAB 17

Sinopsis

Laksamana Tun Tuah bersedia melaksanakan tugas untuk membunuh Paduka Raja Tun Jebat sehingga Raja Melaka menganugerahkan keris Parung Sari, iaitu keris kerajaan Melaka yang diwarisi daripada ayahanda baginda di Bukit Siguntang. Dalam pertarungan dengan Paduka Raja Tun Jebat, Laksamana Tun Tuah telah berjaya mendapatkan semula keris Taming Sari dari tangan Paduka Raja Tun Jebat melalui tipu helah Laksaman Laksamana Tun Tuah . Setelah itu, Laksamana Tun Tuah berjaya menikam Paduka Raja Tun Jebat tetapi tidak menemui ajal dan mengakibatkan Paduka Raja Tun Jebat yang cedera parah itu lari dan mengamuk di sekitar Kota Melaka dan telah membunuh ramai orang yang tidak berdosa. Paduka Raja Tun Jebat akhirnya berjaya menemui Laksamana Tun Tuah dan Paduka Raja Tun Jebat mati di ribaan Laksamana Tun Tuah . Sebalum meninggal dunia Paduka Raja Tun Jebat sempat berpesan supaya Laksamana Tun Tuah memelihara anaknya yang akan dilahirkan oleh Dang Baru.

Selepas kematian Paduka Raja Tun Jebat, istana Melaka yang baru telah dibina. Mayat Paduka Raja Tun Jebat pula digantung selama tujuh hari di tengah-tengah jalan raya untuk menjadi suatu pengajaran kepada orang lain. Tidak lama kemudian, Dang Baru pun melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Hang Kadim, seperti yang telah dijanjikan oleh Laksamana Tun Tuah Tun Tuah, Hang Kadim telah dihantarnya ke Inderapura dan dipelihara oleh Bendahara Seri Buana iaitu ayahnda Tun Teja.

Peristiwa penting

«  Tun Pekerma dan Tun Kasturi menyampaikan titah baginda untuk menjemput Laksamana Tun Tuah kembali ke Melaka.

«  Raja Melaka menitahkan Laksamana Tun Tuah supaya membunuh Paduka Raja Tun Jebat.

«  Laksamana Tun Tuah  memohon keris Taming Sarinya tetapi baginda menjelaskan bahawa keris itu sudah berada ditangan Paduaka Raja Tun Paduka Raja Tun Jebat.

«  Lalu Raja Melaka pun menganugerahkan keris Parung Sari iaitu keris kerajaan Melaka yang diwarisi daripada ayahanda baginda di Bukit Siguntang.

«  Laksamana Tun Tuah mencabar Paduka Raja Tun Jebat turun dari istana dan bertikam dengannya.

«  Paduka Raja Tun Jebat tidak percaya Laksamana Tun Tuah masih hidup lalu mandi dan memakai pakaian Raja Melaka.

«  Paduka Raja Tun Jebat enggan turun dan bertikam dengan Laksamana Tun Tuah namun jika Laksamana Tun Tuah mahu bertikam juga hendaklah Laksamana Tun Tuah naik ke istana.

«  Beberapa kali Laksamana Tun Tuah cuba untuk memasuki istana tetapi terus ditikam curi oleh Paduka Raja Tun Jebat yang didalam ketakutan.

«  Akhirnya Laksamana Tun Tuah berjaya masuk ke dalam istana. Paduka Raja Tun Jebat bertanya kepada Laksamana Tun Tuah adakah ia bersungguh-sungguh untuk membunuhnya atau tidak.

«  Laksamana Tun Tuah  menegaskan bahawa titah Raja Melaka harus dilaksanakan dan Laksamana Tun Tuah tidak dapat menyelamatkan Paduka Raja Tun Jebat kerana derhaka adalah dosa besar.

«  Paduka Raja Tun Jebat berpesan kepada Laksamana Tun Tuah  supaya menjaga anaknya bersama dengan dayang istana.

«  Pertikaman  hebat antara Laksamana Tun Tuah dengan Paduka Raja Tun Jebat yang masing-masing mempertahankan prinsip dan kepercayaan yang bertentangan.

«  Dalam pertarungan itu Laksamana Tun Tuah telah berjaya mendapatkan semula keris taming sari dari tangan Raja Peduka Tun Jebat melalui tipu helah.

«  Laksamana Tun Tuah dan Paduka Raja Tun Jebat meneruskan pertikaman, lalu keris Paduka Raja Tun Jebat terpacak dan terlekat di talam dan Laksamana Tun Tuah akhirnya berjaya menikam dada Paduka Raja Tun Jebat tetapi menurut firasat Laksamana Tun Tuah, Peduka Raja Tun Jebat tidak akan mati pada hari itu.

«  Paduka Raja Tun Jebat membalut lukanya dengan kain Laksamana Tun Tuah lalu mengamuk dan membunuh rakyat yang tidak berdosa.

«  Setelah tiga hari berkhalwat, Laksamana Tun Tuah keluar dan menasihati Paduka Raja Tun Jebat agar berhenti membunuh.

«  Laksamana Tun Tuah membawa Paduka Raja Tun Jebat ke rumahnya dan membersihkan lukanya dan darah pun menyembur sehingga memyebabkan kematian Paduka Raja Tun Jebat.

«  Sebelum meninggal  dunia Paduka Raja Tun Jebat mengingatkan Laksamana Tun Tuah akan pesananya untuk menjaga anaknya yan bakal lahir.

«  Sebagai hukuman mayat Paduka Raja Tun Jebat digantung ditengah pasar selama tujuh hari. Hukuman ke atas Paduka Raja Tun Jebat, yang merupakan suatu hukuman ke atas sesiapa sahaja yang berniat untuk menderhaka.

«  Tidak lama kemudian Dang Baru pun melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Hang Kadim dan seperti yang telah dijanjikan Laksamana TunTuah telah menghantarnya ke Inderapura untuk dipelihara oleh Bendahara Seri Buana (ayah Tun Teja) hal ini berlaku kerana Raja telah menitahkan supaya Hang Kadim dibuang di laut tetapi Hang Tuah tidak sampai hati untuk membuat perkara demikian kerana ingat akan janjinya kepada PadukaRaja Tun Jebat.

«  Raja Melaka berpindah ke istana baharu.

 

Watak-watak

Raja Melaka, Tun Pekerma, Tun Kasturi, Laksamana Tun Tuah, Syeikh Mansur, Bendahara Paduka Raja, Paduka Raja Tun Jebat, Dang Baru, Hang Kadim dan beberapa watak sampingan.

Latar Tempat

  • Negeri Melaka, Istana Raja, Inderapura, Halaman Istana, Balairung Istana, Kota Melaka.

Latar Masa

  • Siang, petang, tiga hari, tujuh hari.

Latar Masyarakat

  •  Zaman pemerintahan Sang Maniaka

Untuk memuat turun, sila HANG TUAH BERTIKAM DENGAN HANG JEBAT