KONTEKS BAB 25:

“Inilah negeri Mesir namanya tempat Nabi Allah Yusuf alaihisalam dibuangkan oleh saudaranya’ ( halaman 541)

‘Tiadalah aku lihat dalam dunia seumurku ini. Adapun sebuah negeriMesir ini dua tiga raus buah negeri Melayu tida sama kekayaan orang Mesir ini.’ ( Halaman 545).

Apabila hari siang ia berhenti; telah hari malam ia berjalan, kerana pada tengah hari sangat panas matahari. Maka sekiranya tengah malam lakasaman berjalan itu sampai pada kaki bukit itu, telalu permai tempat itu. Maka orang sekalian pun berhentilah seketikan akan lelahnya.

Maka lakasamana pun pergi pada suatu tempat yang sunyi hendak buang air. Maka dilihat lakasamana seorang tua duduk di atas batu puth seperti kapas dibusur. Apabila orang tua itu melihat lakasamana datang hamper dia itu, maka orang tua itu pun segera turun berjalan mendapatkan lakasamana, serta memberi salam akan laksamana . Maka lakasamana pun menyahut salam orang tua itu, ‘Hai laksamana, mari apalah pinjam perak rial barang serial akan hamba, kerana hamba seorang darwis yang amat daif, sangat kelaparan, hendak membeli roti tiada dapat.’ ( Halaman 538)

SOALAN KONTEKS BAB 25:

(a)    Di manakah laksamana berada? Mengapa tempat itu dikatakan sangat panas pada waktu tengah hari?

(b)   Ke manakah lakasamana berjalan? Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘orang sekalian’itu?

(c)    Siapa sebenarnya orang tua yang dijumpai laksamana itu?

(d)   Ceritakan dengan ringkas perisitiwa yang berlaku selepas perbuatan di atas.