BAB 28

Sinopsis

Bab ini menceritakan kejatuhan Melaka kepada Feringgi (Portugis). Dengan kejatuhan Melaka kepada Feringgi ini menyebabkan kesultanan Melayu Melaka tamat. Dengan kata lain jurai pemerintahan keturunan Bukit Siguntang Mahabiru di Melaka tamat. Terdapat beberapa peristiwa penting yang membawa kepada jatuhnya kerajaan Melaka kepada Feringgi (Portugis).

1- Sekali lagi, saudagar-saudagar Feringgi datang untuk menjalankan perniagaan di Melaka.

2- Kali ini, mereka telah berjaya membeli sebdang tanah di Melaka yang dikatakan sebuah gedung.

3- Secara diam-diam, orang Feringgi telah melengkapkan kawasan tersebut dengan pelbagai kelengkapan peperangan.

4- Tidak lama kemudian, oang Feringgi pun berjaya menakluki Melaka.

5- Puteri Gunung Ledang terpaksa melarikan diri ke negeri Perak dan dirajakan di sana.

6- Bendahara Tun Mat, Temenggong Tun Karim dan Laksamana Tun Nadim serta rakyat Melaka telah melarikan diri ke Johor.

7- Sultan Ahmad iaitu pemerintah Bentan pula memerintahkan Bendahara Tun Mat membuat sebuah negeri dan menamakan negeri tersebut Johor Darul Alam.

8- Tentera pihak Wolanda (Belanda) telah berjaya merebut kembali Melaka daripada cengkaman pihk Feringgi dengan bantuan orang-orang Melayu Johor.

9- Hang Tuah dikatakan masih hidup dan dikatakan pernah dijumpai di hulu Sungai Perak.

10- Walau bagaimanapun, sama ada hidup atau mati, berita Hnag Tuah tidak kedengaran lagi.

Watak

–          Raja Melaka

–          Puteri Gunung Ledang

–          Bendahara Paduka Raja Tun Mat

–          Laksamana Tun Nadim

–          Temenggong Seri Seroja

–          Orang-orang Batak

–          Dayang-dayang

–          Kapten Feringgi

–          Sultan Ahmad

Latar Tempat

–          Istana Melaka

–          Bukit Hulu Melaka

–          Johor

–          Bentan