BAB 24

Sinopsis

Raja Melaka hendak pergi bertemasya ke Singapura. Baginda memakai selengkapnya dan memakai mahkota paduka ayahanda di Bukit Siguntang. Kedua-dua isterinya Tun Teja dan Raden Emas Ayu turut serta. Setelah berdayung ke hilir dan sampai ke Selat Singapura, pengikut-pengikutnya menyembahkan kepada raja Melaka bahawa terdapat ikan emas di bawah perahu.

Sewaktu banginda memandang ke bawah itu, mahkota yang dipakainya jatuh ke dalam air. Hang Tuah terjun ke dalam laut lalu menyelam dengan keris pandakanya yang terhunus. Dia bertemu dengan mahkota itu tetapi sebaik sahaja menghampiri perahu, seekor buaya putih menyambar keris pada tangan Hang Tuah. Hang Tuah bertarung dengan buaya putih itu menyebabkan mahkota terlepas dari tangannya dan hilang. Kerisnya juga terlepas dan hilang.Maka mereka pun pulang ke Melaka. Hang Tuah berasa amat dukacita dengan kehilangan kerisnya.

Raja telah menganugerahkan keris dari Bukit Siguntang kepada Hang Tuah. Sejak kehilangan mahkotanya, raja Melaka sering sakit.  Begitu juga dengan Hang Tuah yang sering sakit-sakit dan demam sejak kehilangan kerisnya.

Raja Portugal menyuruh orangnya menyerang Melaka. Angkatan perang Feringgi tiba di Melaka untuk menyerang Melaka dengan empat buah ghali. Sebuah ghali mengandungi lima ratus orang dan lima puluh meriam. Feringgi diketuai oleh Dong Suala dan Gebernado. Sekumpulan sakai telah membawa berita tersebut kepada Raja Melaka.

Raja Melaka berfirasat bahawa Melaka akan kalah kerana Hang Tuah yang sakit tidak boleh mempertahankan Melaka. Baginda memerintahkan Maharaja Setia dan Maharaja Dewa menyuluh kekuatan angkatan Feringgi itu.

Maharaja Setia dan Maharaja Dewa telah memanjarakan Feringgi yang ditawan. Meskipun keadaan tidak sihat, Laksamana Hang Tuah masih mahu menyertai peperangan dengan Feringgi. Hang Tuah berfirasat bahawa dia akan terkena senjata pada hari itu tetapi tidak mati.

Hang Tuah telah dapat mengalahkan Feringgi tersebut. Gebernado mati manakala Dong Suala luka. Teteapi Hang Tuah terjatuh dalam air akibat bedilan namun tidak cedera. Setelah sembuh, Hang Tuah pergi mengadap raja Melaka. Sejak itu Negara Melaka aman sentosa.

Peristiwa Penting

-Mahkota Raja Melaka terjatuh ke laut di Selat Singapura ketika tunduk melihat ikan emas yang berenang-renang di bawah kapal kenaikan.

-Hang Tuah sanggup menyelam ke dalam laut semata-mata untuk mengambil mahkota Raja Melaka namun terlepas kembali apabila seekor buaya putih meragut keris Taming Sari.

-Raja Melaka sedih kehilangan Mahkota begitu juga Hang Tuah jatuh sakit kerana kehilangan keris Taming Sari.

-Raja Melaka tidak mahu Hang Tuah bersedih lalu menghadiahkan keris warisan Bukit Siguntang Mahabiru.

-Dong Manila dan Dong Cuala, nakhoda Feringgi yang dikalahkan oleh Hang Tuah di Cina membalas dendam dan dengan bantuan Raja Portugal, mereka menyerang Melaka dengan 500 buah kapal perang.

-Orang Sakai terlihat kehadiran kapal Feringgi dan mengkabarkannya kepada Penghulu Sakai.

-Penghulu Sakai dan pengikutnya mengintip dan berjaya menangkap beberapa orang tawanan untuk mendapatkan maklumat.

-Penghulu Sakai segera belayar ke Melaka menyampaikan khabar Feringgi dalam pelayaran menyerang Melaka.

-Oleh sebab Hang Tuah sedang sakit, Bendahara Paduka Raja mengambil tugas Hang Tuah untuk menjaga Melaka daripada diserang oleh orang-orang Feringgi.

-Raja Melaka menitahkan Maharaja Setia dan Maharaja Dewa mengintip armada Feringgi.

-Maharaja Setia dan Maharaja Dewa berjaya menawan dua kapal Feringgi yang paling hadapan.

-Hang Tuah sihat sedikit lalu mencadangkan agar Melaka menghadapi Feringgi di laut.

-Hang Tuah membawa Maharaja Setia dan Maharaja Dewa serta tentera meninjau barisan hadapan armada Feringgi dan berjaya menewaskan 4 kapal Feringgi manakala 6 kapal berundur mendapatkan bantuan.

-Armada Feringgi mara menyerang balas namun Dong Suala dan Kapitan Gabernador terkena bedilan.

-Hang Tuah terjatuh dalam air akibat terkena bedilan namun tidak cedera.

-Armada Feringgi berundur setelah Kapitan Gabernador meninggal dunia manakala Dong Suala sakit tenat.

-Raja Melaka melawat Hang Tuah setelah mendapat berita bahawa Hang Tuah terkena bedilan.

-Hang Tuah tidak sihat dan sering demam-demam, selama tiga hari tiga malam Hang Tuah tidak makan, tidur dan bercakap.

-Pada hari ke empat Hang Tuah beransur sihat dan pergi mengahadap Raja Melaka.

Watak

-Raja Inderapura, Bendahara Seri Buana, Hang Kadim, Temenggung Sarwa diraja, beberapa menteri, beberapa pembesar istana, Dang Setia, Temenggung Seri Seroja di Inderapura, Raja Melaka, Tun Teja, Lakasamana Tun Tuah, Tuan pekerma, Sseri Maharaja Lela dan 1608 tawanan.

Latar Tempat

-Melaka

Sila muat turun nota bab 24 ini