KONTEKS BAB 24:

Maka laksamana pun bersikaplah dirinya dengan keris pandaknya pun dihunusnya. Maka laksamana pun menyembah banginda lalu terjun turun ke dalam air itu menyelam. Maka ia diraba oleh laksamana mahkota itu, bertemu: maka dipegangnya lalu ia bawa timbul. Apabila hamper ke perahu, maka datang seekor buaya putih, matanya bernyala-nyala. Maka disambarnya oleh buaya putih keris pada tangan lakasamana itu, dapat oleh buaya itu. Maka lakasamana pun terkejut. Maka mahkota pada tangannya itu pun terlepas jatuh ke dalam air itu pula. Maka segera diturut oleh lakasamana buaya itu lalu ditangkap oleh lakasamana ekornya. Maka dibawa oleh buaya itu lakasamana tenggelam. Maka laksamana pun lemaslah: maka segera dilepaskan oleh laksamana ekornya buaya itu. ( Hikayat Hang Tuah, halaman 516 )

SOALAN KONTEKS BAB 24:

(a)Apakah yang telah berlaku terahulu daripada perisitiwa di atas?.

(b)Jelaskan kepentingan ‘mahkota’ dan ‘keris’ yang dinyatakan dalam petikan tersebut.

(c)Apakah implikasi perisitiwa ini ke atas diri ‘baginda’, Lakasamana dan juga negeri Melaka? Berikan contoh-contoh untuk menyokong penjelasan anda.