Setelah hari siang maka bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian. Maka Bendahara pun berdatang sembah, ‘Ya Tuanku, Patik mohonkan ampun, pada malam ini patik habis kecurian, habislah segala harta yang kemas-kemas.’ Maka titah raja, ‘Hai Temenggong, tiadakah kita titahkan Temenggong sendiri pada malam berkawal? Mengapa pada malam ini mamak kecurian ini?’ Maka sembah Temanggong, ‘ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-kaya patik tunggui; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik-patik itu. Dimana titah Duli Yang Maha Mulia patik junjung.’

(halaman 411)

a)      Dalam bab ini negeri Melaka gempar dengan kejadian kecurian dan di dalam petikan di atas, Bendahara juga turut menjadi mangsa. Siapakah dalang di sebalik kejadian ini dan apakah tujuan sebenarnya?

b)      Adakah pencuri itu sudah berpuas hati setelah berjaya mencuri harta Bendahara? Bagaimana dengan istana Raja Melaka?

c)      Siapakah yang akhirnya berjaya menewaskan pencuri itu dan ceritakan bagaimana caranya?