Apabila dilihat oleh raja segala tuan-tuan itu. Maka kata baginda, “Marilah tuan-tuan sekalian kita hendak bertanyakan akan khabar negeri Bentan dan Singapura.” Maka tuan-tuan itu pun menyembah lalu duduk. Maka titah baginda, “Hai tuan-tuan sekalian, apa kehendak tuan-tuan maka datang ke negeri kita ini, bukan Bandar besar?” Maka sembah segala mereka itu, “Daulat tuanku, patik sekalian ini hamba yang daif lagi hina memohonkan ampun dan kurnia ke bawah Duli Syah Alam. Patik sekalian datang ini hendak memohonkan kurnia ke bawah Duli Syah Alam; jikalau kurnia Duli Syah Alam maka berani patik berdatang sembah.”

(Hikayat Hang Tuah,  m.s 17)

  1. Siapakah ‘tuan-tuan’ dan ‘raja’ yang dimaksudkan di dalam petikan ini?
  2. Apakah yang ingin disembahkan kepada baginda itu dan mengapa mereka kelihatan takut-takut untuk menyembahkan hal itu? Jelaskan dengan ringkas.
  3. Apakah peristiwa pada masa depan yang signifikan dengan peristiwa ini?