BAB 2

SINOPSIS

Kisah bermula perpindahan keluarga Hang Tuah ke Bentan lantaran Hang Mahmud mendapat mimpi bulan turun dari langit di atas kepala Hang Tuah. Mereka sekeluarga menetap di perkampungan Bendahara Paduka Raja. Semasa kecil Hang Tuah belajar pelbagai ilmu: mengaji al-quran, ilmu mempertahankan diri, ilmu belajar berbahasa. Kisah seterusnya, ketika berusia 10 tahun Hang Tuah bersahabat akhrab dengan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu Dan Hang Lekir.

Kehebatan mereka terserlah buat pertama kali mengalahkan lanun-lanun samasa mereka dalam pelayaran menuju ke Pulau Tinggi dan Singapura. Penghulu Singapura yang menjadi saksi kehebatan mereka sehingga dia menceritakan perihal kehebatan 5 bersaudara itu kepada Bendahara Paduka Raja. Diceritakan juga Hang Tuah bersama rakannya berguru dengan Sang Aria Putera di Bukit Pancalusa. Sang Aria Putera meramalkan Hang Tuah akan menjadi orang besar di Bentan kelak. Sang Aria Putera mengarahkan Hang Tuah dan rakannya berguru dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura kerana ilmunya begitu banyak. Sekembalinya Hang Tuah dan rakannya dari Bukit Pancalusa, berlaku huru- hara di pasar kerana ada orang mengamuk. Hang Tuah dan rakannya yang lain berjaya mengalahkan pengamuk itu dan kejayaan meraka itu, telah menjadikan mereka dilantik menjadi biduanda Raja.

 PERISTIWA PENTING

  • Keluarga Hang Tuah berpindah ke Negeri Bentan.

 

  • Semasa berusia 10 tahun Hang Tuah sudah mempelajari ilmu persilatan, 40 bahasa: keling, cina,arab dan sebagainya.

 

  • Hang Tuah dan sahabat yang lain  mengalahkan lanun-lanun ketika berada di Pulau Tinggi.

 

  • Hang Tuah berjaya mengalahkan pengamuk sekembalinya dari Bukit Pancalusa berguru dengan Sang Aria Putera.

 

  • Akhirnya Hang Tuah dan sahabatnya menjadi biduanda istana.

 

NAMA WATAK YANG TERLIBAT DALAM BAB 2

  • Hang Tuah.
  • Hang Jebat.
  • Hang Kasturi.
  • Hang Lekui
  • Hang Lekir
  •  Hang Mahmud
  • Sang Aria Putera.
  • Bendahara Paduka Raja.
  • Lanun.
  • Penghulu Batin Singapura.
  • Orang mengamuk
  • Tun Mat.
  • Pegawai-Pegawai pengiring Bendahara Paduka Raja.
  •  Raja Melaka.

latar Tempat

– Bukit Pancalusa

– Pulau Tinggi

-Pulau Biram Dewa.