BAB 1

 

Sinopsis

Bab 1 menceritakan mengenai asal usul Kerajaan Bentan. Kisah bermula daripada anak raja besar keinderaan bergelar Sang Sapurba yang berkahwin dengan Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam, juga anak raja keinderaan. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang putera bernama Sang Sapurba. Sang Sapurba inilah apabila dewasa kelak akan dirajakan di Bukit Siguntang Mahabiru. Pada suatu hari, ketika Sang Sapurba bersiar-siar di tasik yang terletak di kaki bukit, dengan kebesaran Allah S.W.T, seekor lembu putih muntah di tepi tasik lalu menjelmalah seorang puteri yang cantik jelita. Sang Sapurba membawa puteri itu ke istana baginda. Dengan perkenan Sang Perta Dewa, Sang Sapurba dan puteri itu dikahwinkan. Hasil daripada perkawhinan itu, Sang Sapurba berputerakan Sang Maniaka, Sang Jaya Nantaka, Sang Saniaka dan Sang Satiaka. Beberapa lama berlalu, putera-putera Sang Sapurba semakin dewasa. Dikisahkan pula tentang pembesar Singapura dan Bentan menghadap Sang Sapurba untuk melantik salah seorang putera baginda menjadi raja Bentan. Dengan perkenan Sang Sapurba, maka Sang Maniaka dilantik menjadi raja Bentan, bergelar Sultan Sang Maniaka. Dengan kebijaksanaan baginda, kerajaan Bentan telah diwujudkan dengan tersusun, pembesar-pembesar dilantik, rakyatnya semakin ramai dan masyhur sehingga ke negara-negara lain.

Peristiwa-peristiwa penting

  • Sang Perta Dewa berkahwin dengan Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam.
  • Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang putera bernama Sang Sapurba.
  • Segala pembesar, orang-orang kaya, rakyat jelata di Palembang dan negeri-negeri berdekatan berpindah ke Bukit Siguntang Mahabiru sehingga menjadi negeri besar.
  • Sang Sapurba mengahwini puteri jelmaan muntah seekor lembu putih.
  • Sang Sapurba mempunyai empat orang putera iaitu Sang Maniaka, Sang Jaya Nantaka, Sang Saniaka dan Sang Satiaka.
  • Pembesar Singapura dan Bentan memohon putera Sang Sapurba untuk dijadikan raja.
  • Sang Maniaka menjadi raja Bentan, bergelar Sultan Sang Maniaka.
  • Sultan Sang Maniaka menyusun kerajaan sehingga Bentan menjadi negara besar dan masyhur.

Watak

Sang Perta Dewa, Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam, Sang Sapurba, puteri jelmaan muntah lembu, Sang Jaya Nantaka, Sang Saniaka, Sang Satiaka, pembesar Singapura dan pembesar Bentan.

Latar Tempat

Pulau Biram Dewa, Bukit Siguntang Mahabiru, Bentan, Palembang.