Alhamdulilah, segala puji dan syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnia dan izin-Nya jua, akhirnya Blog Tunassasterahangtuah ini dapat dihasilkan dengan jayanya.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Cikgu Rozaiman Bin Makmun iaitu pensyarah Universiti Brunei Darussalam bagi kursus PL 4204  yang tanpa jemu memberikan  bantuan dan nasihat kepada kami  dalam pembinaan blog ini. Budi cikgu tidak akan kami lupakan.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua.

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang jua.

Tidak lupa juga diucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang turut terlibat dalam pembinaan blog ini. Hasil usaha, penat lelah bantu membantu serta saling memahami antara kita selama ini merupakan kekuatan kita sehingga pembinaan blog ini akhirnya berjaya seperti yang kita rancangkan sebelumnya.

Akhir sekali, buat pengunjung blog ini, Terima Kasih tidak terhingga buat kalian semua kerana berkesudian mengunjungi blog Tunassasterahangtuah ini. Diharap blog ini dapat membantu guru-guru, mahupun bakal guru dan para pelajar sekalian.

Mohon maaf jika terdapat kekurangan pada blog ini, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kami jua.

Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian,Terima Kasih.

Wassalam.