I made this widget at MyFlashFetish.com.

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

Alhamdulillah, segala pujian ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kami dapat menghasilkan  laman blog tunassasterahangtuah  ini dengan jayanya. Adapun  isi kandungan blog ini adalah lebih bersifat bimbingan iaitu dengan melalui penyediaan nota, aktiviti-aktiviti latihan, perbincangan, tips merangka jawapan, info-info tambahan dan banyak lagi. Bimbingan melalui laman blog ini dihasratkan dapat membantu para pelajar khususnya yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat tingakatan 6. Di samping memperkenalkan kepada para remaja dan belia amnya kepada coretan sejarah tinggalan nenek moyang kita, dan juga menambahkan serta berkongsi ilmu pengetahun terutamanya kepada pencinta seni Kesusasteraan Melayu.

Akhir kata, kami berharap dengan penghasilan laman blog ini akan dapat memberikan satu anjakan paradigma dan juga suntikan baru yang amat berharga kepada semua guru-guru termasuk bakal guru dan juga para pelajar ke arah meningkatkan lagi kecemerlangan dalam  bidang akademik seiring dengan ledakan teknologi masa kini.

Sekian, wassalam.

Terima Kasih.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara.

 

Buku Pelawat

[slideguest id=2810246167518488309&w=550&h=425]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.